8 perkara yang perlu ibubapa tahu untuk melatih anak menangguh kepuasan

Bismillah

Sepanjang jadi mak orang ni kan, memang banyak kali aku terbabas.

Rilek jangan panik.

Bukan terbabas kereta malah terbabas kari ;P

Tapi terbabas perasaan, tingkah laku dan mungkin juga terbabas kata.

Mana tidaknya, anak-anak membesar bagai juara gitu. Memang mengundang latihan keimanan yang tinggi. Tapi dalam perjalanan membina benteng kesabaran itu, kadang-kadang aku tersungkur jatuh, sakit mengaduh sendiri.

Kadang lupa, kadang ingat cepat-cepat istighfar.

ASTAGHFIRULLAH.

Dan masa sendiri membelek timeline FB terjumpa ini sebagai pengubat diri yang tercari-cari solusi.

Pentingnya IHSAN dan RAHMAH

Datang sebagai peringatan untuk diri ini.

Yang selalu lupa untuk mendidik hati.

ALLAH MELIHAT CARA KAU MENDIDIK ANAK, NADIAH.

DIDIKLAH DENGAN KASIH SAYANG SEPERTI NABI MUHAMMAD MENDIDIK UMAT.

Allahuakbar.

Betullah orang cakap, nak didik anak jadi baik mak ayah dulu kena baik.

Betullah orang cakap, nak didik anak jadi SABAR mak ayah dulu kena SABAR.

Jadi, kat sini nota untuk diri sendiri sebagai reminder dari masa ke masa macammana nak terapkan kesabaran dalam diri anak-anak.

8 perkara yang perlu ibubapa tahu untuk melatih anak menangguh kemahuan

1. Luang banyak masa bersama untuk melatih anak bersabar

Rahsia untuk menerapkan budaya sabar dalam diri anak-anak bukanlah setakat anak itu mampu menunggu kita dengan baik, sopan dan santun.

Kajian menunjukkan anak-anak yang baik dalam bersabar (menangguhkan kemahuan) adalah apabila mereka belajar untuk mengalih perhatian kepada perkara lain.

Contohnya sementara menanti ibunya mengambil makanan atau susu untuk mereka, mereka boleh mengalih perhatian kepada menyanyi lagu, bermain kaki sendiri atau sebagainya.

—-

2. Tangguhkan masa kita respon pada anak-anak

Ye saya tahu, kita pernah terbaca kalau bayi atau kanak-kanak minta sesuatu cepat perlu diraikan. Perkara itu boleh diteruskan. Apa yang mahu ditekankan di sini adalah untuk membentuk satu rutin atau tabiat yang mana apa yang kita boleh lakukan, apabila anak-anak minta sesuatu tapi kita dalam keadaan sibuk.

Contoh situasi

+ Apabila anak meminta untuk koyakkan tisu semasa kita sedang memasak. Beritahu padanya sebentar sahaja lagi selepas selsai ibu memasak atau dalam kiraan 10.

+ Apabila anak mahukan sesuatu barang yang tinggi, rendahkan barang pada kemampuan anak untuk mengambilnya. Tanpa perlu kita beri terus padanya.

——

3. Manfaat sekiranya kita tangguhkan kemahuan anak-anak

+ Anak belajar untuk bersabar dan boleh mengawal kemahuan

+ Anak kita sedar bahawa bukan semua perkara yang dimintanya akan dapat perhatian segera.

+ Latihan menangguhkan kemahuan ini, secara tak langsung anak membesar menjadi lebih matang.

+ Anak boleh biasakan dengan masa terluang. (cope with boredom)

+ Anak boleh mengawal suasana panik

—–

4. Melatih anak-anak bina rutin

Setiap anak perlu diberi pembelajaran tentang limit dalam setiap tindak tanduk mereka. Tapi lakukannya dengan kasih sayang.

Contoh situasi

+ Lego bersepah : Beritahu padanya selepas bermain kemaskan. Dan tunjukkan cara yang betul untuk mengemas. Anak-anak pasti suka sekiranya kita kemas bersama

+ Anak-anak bertaburkan buku : Beritahu tindakan itu perlu dihentikan dan tunjuk pada mereka bagaimana untuk meletakkannya semula. IGNORE kalau mereka tak mahu ikut apa kita kata. Anggap kita sedang memberi pelajaran pada mereka.

Anak-anak perlukan masa dalam proses pembelajaran.

“It takes both loves and frustration for the child to construct himself”.

 

—–

5. Teknik bila anak mencelah kita sedang dalam perbualan

Selalukan anak tak sabar-sabar nak bercakap dengan kita, baik masa kita bersembang di telefon atau dengan kawan-kawan. Memang anak-anak energinya banyak jadi excitednya pun lebih.

Setiap anak caranya berbeza tapi teruskan berusaha. Apa kita boleh cuba praktikkan apabila anak mencelah, adalah :

+ Henti sebentar perbualan dan beritahu pada anak-anak, “ibu sedang dalam perbualan, nanti selesai ibu main dengan adik.” Pastikan kita tunaikan janji tersebut.

+ Semasa dalam perbualan sentiasa lihat mata anak, dan lambai atau tunjuk tanda bagus menandakan kita rekognisi kewujudan dia bersama-sama aktiviti yang kita sedang lakukan.

+ Ajarkan perkataan ‘urgent’ sekiranya benar-benar penting.

+ Tunjukkan muka kita pada kawan yang sedang kita berbual supaya mereka faham kita sedang ‘bekerja’.

Latihan ini penting kerana kita bukan sahaja dapat menikmati masa bersembang malah mendidik anak-anak untuk belajar adab apabila bercakap dengan ibu ayah dan sedar apa yang sedang berlaku.

Latihan ini juga bukan semestinya pasti anak-anak tidak akan mencelah perbualan ibu ayah lagi, namun anak-anak akan faham dan biasa dengan keadaan ini di mana mereka tidak mudah mendapat perhatian ketika ibuayah dalam perbulan dengan orang lain.

—–

6. Anak-anak juga tidak mahu diganggu

Terutama ketika anak sedang bermain, eakkan bertanya soalan atau ubah plan. Ketika itu anak sedang menyerap sesuatu mungkin pembelajaran/ imiginasi ketika bermain.

Sekiranya ingin bertanya, minta izin dahulu daripada anak-anak. “Kakak, ibu nak tanya kakak soalan boleh ke?”

 

7. Belajar menangguh kemahuan adalah skil kehidupan yang sangat penting

Anak-anak yang belajar mengawal kemahuan ketika usia awal kanak-kanak adalah lebih baik supaya mereka tahu bagaimana untuk respon kepada sesuatu cabaran dewasa nanti.

Percubaan untuk menyediakan anak-anak dengan semua benda yang diminta ketika usia masih kecil dengan alasan supaya mereka gembira adalah tidak bagus untuk masa depan mereka nanti.

—–

8. Melatih anak-anak bersabar memerlukan kesabaran yang tinggi

Anak-anak tidak akan bijak menangguh kemahuan atau menjadi seorang yang penyabar dalam masa satu hari.

Melatih diri untuk bersabar adalah pendidikan seumur hidup iaitu pembelajaran berterusan—skil dan nilai.

Konsisten.

Bila letih dengan satu cara, cuba alternatif lain pula. Wallahualam.

 

– diolah dari buku French Parents Don’t Give In : 100 Parenting Tips from Paris, tulisan Pamela Druckerman

Idea bermain anak berumur 4 tahun

Bismillah.Alhamdulillah tak lama lagai Aliff akan menjangkau umur 5 tahun. Banyaknya perkara aku belajar sejak jadi ibu dan itu bukan sesuatu benda yang boleh kita ambil ringan.

Sepanjang dalam umur Aliff 4-5 tahun ni ibu nampak Aliff dah makin kurang tantrum. Dah tak mengamuk sekerap dulu walaupun ada lah jugak mengamuknya tu kan.

Apa yang paling Aliff suka sekarang adalah BERLARI dan BERMAIN dengan kawan-kawan.

Pantang bawa Aliff ke mana-mana pasti akan melakukan aktiviti berlari itu. Aduh anak. Heheh

Aliff kalau bab bermain melibatkan fizikal, dia memang suka dan champion. Kadang tengok dia masa tu macam orang tak sedar dan hilang pertimbangan.

Lebih-lebih lagi masa bawa ke masjid. Masjid kan memang syok kalau nak berlari. Memang ibu pengsan dan give up terus menyerahkan peranan sebagai ibu ayah bertanggungjawab pada ayah.

Mujur ayah cool. Kalau ibu memang dah singa dulu sebelum memastikan semua dalam keadaan baik.

Baiklah, jom kita tengok apa idea permainan kita boleh involve dengan anak-anak bila di rumah.

——

Idea bermain anak berumur 4 tahun

+ Galakkan aktiviti yang melibatkan perkembangan tangan dan mata. Contoh : belajar menggunakan gunting.

+ Bermain bola–Tunjukkan cara membaling, menangkap (paras dada) dan menendang mengikut saiz bola yang berbeza

+ Banyakkan perbualan dengan anak-anak. Boleh gunakan ayat pendek. Tanya soalan dan dengar jawapannya. Boleh selitkan vocab baru dalam ayat anak-anak. “Itu bunga. bunga itu bewarna biru, berbau harum dan sangat tinggi.”

+ Ajar anak-anak mengenal nama sendiri dan mengingati huruf-huruf melibatkan nama mereka.

+ Banyakkan dan sibukkan mereka dengan BUKU CERITA.

1. BACAKAN mereka buku.

2. Galakkan mereka untuk ulang cerita dan mimik muka/aksi yang kita lakukan.

3. Bincangkan idea dan kisah yang pernah mereka lalui berkaitan dengan buku cerita.

4. Baca dan tunjuk pada setiap perkataan bermula dengan tajuk dan cover buku. Kemudian tunjuk dan baca perkataan demi perkataan di setiap muka surat.

+ Galakkan minat membaca dan menulis bermula daripada senarai beli barang dapur untuk anak-anak. Sediakan kertas, pen dan boleh aplikasikan dalam permainan di rumah (pretend play)

 

+ Mengira objek bersama : Biskut, cawan, mainan.

+ Masak atau baking bersama. Tunjuk cara bagaimana untuk sediakan dan measure bahan-bahan daripada resepi.

+ Aktiviti SAINS yang mudah. Contoh magnet, ais membeku, tanam pokok dan buat layang-layang dan bermain ketika angin bertiup kuat.

+ Bincang PERSAMAAN dan PERBEZAAN. Contoh warna, jenis mainan, saiz buku dan sebagainya.

+ Biarkan anak-anak bermain dan eksplorasi dengan alatan dapur, suis (yang tidak ada aliran elektrik) kunci dan tombol, mainan.

+ Galakkan free-expression dalam projek seni. Sambil sembang kerana ini dapat membantu anak-anak belajar mengawal emosi.

+ Bercakap tentang WARNA dan BENTUK setiap hari.

+ Ajak bantu KERJARUMAH sama-sama. Pastikan yang judah untuk anak-anak seperti lip at baju, sapu sampan, masukkan baju dalam bakul, sir am bunga dan masukkan sayer dalam kuali (dengan bantuan kita).
 

Ibu paling suka part last sekali tu hohohoho. Banyak assistant :p

Insya Allah.

—–

So ada idea lain tak yang paling mudah senang kacang goreng nak buat bila anak-anak di rumah?

Kadang-kadang mati kutu mak.

Sekarang jugak print screen foot bawah ni.

Bila dah asyik main je kan, bebudak memang paling suka buat sepah rumah tanpa arah tujuan sebenar. Apa je yang mereka tak buat, semua depa buat. Ye SEMUA.

+ Kembuh kotak mainan

+ Berteraburkan pensel warna, crayon

+ Buka water colour/paint dan cat finding

+ Conteng dinding tu lumrah

+ Buka bekas-bekas kat dapur dan sepahkan apa yang patut

+ Tumpahkan air

+ Berteraburkan kasut

+ Lipatan baju tidak boleh kemas dan ada dalam laci. Haruslah berada diluar dalam keadaan berselerakan.

Bagi mereka, pemandangan yang mendamaikan adalah bila rumah meriah dengan barang. Huhu

-____-

Tapi bagi maknya?

(SINGA SUDAH)

Ini pulak pesanan kepada mak yang ala-ala sakit mata sokmo kalau tengok rumah sepah :

Jangan risau mak, sakit mata sakit otak dan jiwa stres kita tu berbayar. Sebab Nabi Muhammad pun sangat suka bermain dengan anak-anak kecil dan ianya sunnah. So nak pahala bertimbun ke nak stress sakit jiwa tiada hujung pangkalnya?

Takyah jawab terus.

Kita mampu mengubahnya.

 

 

*Tengok poster ni lama-lama sambil urut dada sebab anak-anak baru menimbunkan lipatan baju dan membasahkan lantai dalam bilik.
HINS HINS HINS!

 

 

Tips bawa anak ke masjid

Bismillah.

Alhamdulillah Ramadhan datang dan kita sempat bertemunya lagi!

^______^

Memang dah jadi rutin kita dari zaman kanak-kanak lagi, kita akan dibawa ke masjid bila menjelang Ramadhan. Alhamdulillah mak ayah besarkan dengan panduan Islam sebenar sejak usia bayi lagi. Kalau adik kecil sekali menjadi tugas kakak dan abanglah bergilir-gilir mengambil tanggungjawab menjaga adik di masjid ketika mak ayah solat.

Tapi lain pula cerita bila dah ada anak sendiri.

Lain betul dengan keadaan masa zaman ibu dan ayah kecil. Kami jenis menurut perintah. Kalau cakap A, A lah kami ikut. Kalau Z, Z lah kami patuh. Tapi, kenapa pulak halnya dengan anak ibu ni sayang uiii?

Apa yang lainnya tu?

BISINGNYA! Ya Allah, macammana ibu ayah nak solat dengan tenang kalau anak-anak bising sehingga mengganggu jemaah lain solat.

Anak ibu bukan main hebatnya berlari dari hujung masjid sana ke hujung masjid sini. Belum campur bergelak ketawa dan lalu depan orang solat. Ok insaf sekarang, tahap pendidikan apa kau bagi pada anak kau ni?

Uhuk, anak saya special sikit memang aktif dia ada semaciam sikit. Maafkan saya.

Saya cuma memainkan peranan sebagai ibu ayah yang lain untuk beri pendedahan solat di masjid. Tapi apakan daya, anak macam ni, ibu ayah kena sound -_______-

Sedih sangat.

Tapi kita paham, bukan salah orang yang menegur, anak memang bising dan mengganggu jemaah lain. Tapi apakandaya. Banyak juga usaha kami suami isteri buat sebelum bawa anak ke surau/masjid tapi mungkin belum masa lagi anak saya nak register dengan semua benda yang dipesan.

Sebab itu saga mengambil langkah solat di rumah berjemaah kadang-kadang sehingga nampak progress dia okey sikit baru boleh bawa hari-hari.

Jadi, di sini saya sertakan beberapa usaha yang mak ayah boleh buat untuk menerapkan akhlak yang baik ketika di surau/masjid.

(Bawa anak solat di surau)

Mungkin sama-sama kita cubalah ye :

+ Bawa ke masjid sebelum bulan Ramadhan.

+ Bawa ke surau yang sedikit jemaahnya dan sempit. Kalau luas sangat memang seronok untuk berlari sambil menjerit.

+ Bawa ke surau berbeza. Anak-anak ambil masa nak biasakan diri.

+ Solat di hujung dan di saf belakang sekali

+ Bawa sesuatu yang boleh buat anak ralit dengan sesuatu aktiviti

+ Pantau dari masa ke masa keadaan anak. Suami isteri harus bekerjasama dalam hal ini.

+ SENTIASA nasihat, konsisten. Anak-anak kalau dah excited mudah lupa (eh lupa diri ke apa? haha)

+ Tak payah bawa ke surau selalu. Ibu ambil giliran solat di rumah. Pesan kalau akhlak baik baru boleh bawa dia ke surau. Bukan apa, kita tak mahu stres diri sendiri. Bukan tak mahu ajar anak-anak ke surau tapi kadang-kadang solat orang lain perlu kita hormati.

+ Kuasa DOA. Mohon bantuan Allah semoga anak-anak berakhlak dan dilindungi daripada bahaya ketika di surau/masjid dan mohon Allah berikan kita ketenangan ketika solat.

Nota : Sehingga hari ini kami sangat struggle untuk mendisplinkan anak-anak di surau. Mohon doa daripada kawan-kawan juga semoga anak-anak kita sama-sama boleh terima dengan rutin yang kita biasakan ini.

15 usaha membina peribadi yang baik dalam diri anak-anak

Bismillah.

Panduan ini aku kongsikan daripada seminar Muslim DNA daripada Sheikh Yahya (masya Allah memang best!) Terima kasih Uncle Allen dan Auntie Asriah sebab sponsor tiket kami. Allah jua sebaik-baik yang membalas setiap kebaikan yang mereka lakukan. Ameen.

Seminar ni adalah anjuran Al-Kauthar Institute dan memang best untuk mak ayah macam aku boleh bawa anak-anak kecil juga kerana telah disediakan mothers room. Cuma suasananya memang meriah macam di tadika. Memang berusaha keras untuk mendapat input dan salin piunt point penting.

 

Alhamdulillah banyak manfaatnya insya Allah.

Alhamdulillah banyak manfaatnya insya Allah.

——

15 panduan membina peribadi yang baik dalam diri anak-anak

1) Ibu ayah sentiasa sebut perkara yang dimaksudkan dan maksudkan untuk setiap perkara yang dituturkan. (Cakap perkaya yang betul tanpa sindir atau sarcasm)

2) Ibu ayah berhati-hati dengan pertuturan tapi lebih berhati-hati dengan bagaimana menyampaikan sesebuah komunikasi

3) Tidak membelikan anak-anak segala apa yang mereka mahu dan bila mereka minta. Sentiasa ada limit

4) Memberi inspirasi, kasih sayang, pengormatan, kecintaan kepada pasangan (jadikan isteri sebagai superwoman, jadikan suami sebagai super hero di mata anak-anak)

 

5) Curahkan kasih sayang pada anak-anak sepenuh hati dalam pendidikan anak-anak terutamanya tindakan mendisplinkan mereka supaya mereka belajar daripada kesilapan melalui kasih sayang dalam diam

6) Komit dan tetap pada kaedah displin yang ditetapkan oleh ibu dan ayah supaya tidak dikawal oleh anak-anak

Jadi pentingkan diri sendiri bila berdepan dengan hal keluarga

7) Menunjukkan kasih sayang dan keikhlasan terhadap anak-anak dalam setiap tindakan

8) Memberi galakan terhadap kegagalan dan cabaran yang dihadapi anak-anak sebagai persediaan pada masa depan dan pembelajaran

9) Bercakap dengan anak-anak seperti mana kita nak mereka bercakap dengan kita bila dah tua kerepot nanti

10) Sentiasa menitikberatkan KENAPA berlaku, daripada APA yang berlaku

11) Bagaimana ayah melayan isteri adalah pembelajaran untuk anak perempuan

12) Anak perempuan memerlukan perasaan dilindungi yang sangat kuat oleh seorang lelaki untuk menjaganya

13) Persepsi seorang anak perempuan terhadap ayahnya adalah bagaimana pertuturan ayah tentang wanita lain di hadapannya

14) Biarkan anak perempuan sentiasa rasa dilindungi oleh seorang lelaki bernama ayah supaya tidak mudah tewas dengan pujuk rayu lelaki lain.

Biarkan dia bantu ayah ganti tayar.

15) Ajarkan anak bagaimana berkongsi rahsia dan perasaan itu dapat meningkatkan perasaan lega dan lebih selamat

Hakikatnya,

SANGAT BETUL!
Tetiba anak-anak dah besar. Rindu masa baby masa chheky umur 2 tahun.
Aish.

Resepi cloud dough

Bismillah

Pagi Ahad kalau ayah kerja, ibu memang ambil kesempatan untuk anak-anak main betul-betul kat rumah. Silakan dengan segala hormatnya buat sepah di rumah, ibu janji tak marah. Cuma ibu jadi sewel kejap. Sebab sakit mata, rasa berdenyut otak sikit :p

Jadi, hari ni nak share resepi cloud dough ternampak dekat timeline, dari status Dr Afzan. Ada orang kata snow, ada orang kata pasir. Tak kisahlah. Janji anak main :p

Resepi cloud dough

Bahan-bahan :

+ Tepung gandum

+ Minyak (boleh pakai baby oil kalau geli minyak biasa)

Nisbah 4: 1

4 cawan tepung dan 1 cawan minyak.

Gaul secukup rasa.

 

Bagus main benda ni, macam biasalah untuk sensori mereka.

Salah satu latihan kemahiran sensori.

Ralit pun ralit.

Boleh latih jugak kreativiti, pretend play (orderla nasi goreng ke chicken chop ke).

Tujuan satu je–

Nak bagi anak happy. Oh ada lagi satu, ibu boleh bertenang sebelum mencari ruang dan kekuatan nak kemas balik benda-benda alah tu semua. AHAKS.

TIPS

+ Jangan serabut

+ Biarkan anak main sebebasnya

+ Kemas kemudian dan fikir kemas tu benda paling best dan paling kacang dalam dunia.

+ Tak payah buat selalu. Hohoho

Sekian daripada saya ibu yang biasa-biasa dan tak kreatif. Betul tak tipu.

13 kesilapan ibu dan ayah dalam mendidik anak

Bismillah

Semalam masa siap-siap nak pergi sekolah, terkejut beruk ibu bila Aliff tumbuk perut adik dia.

Aku apa lagi, tindakan refleks haruslah menjerit. Sekarang Aliff pulak yang terkejut beruk. Huhuh. Kesian dia. Lepas tu mengamuklah beliau tak nak ke sekolah. Drama ke acane ni?

Bila ada masa free sikit ibu pun try google pasal parenting dan tertonton video ustaz Hasrizal tentang mendidik anak menurut surah Luqman. Point yang paling ibu ingat adalah, ustaz dan isteri pun pernah mengalami masalah sama yang mana anak-anak berperangai bijak dan luar biasa. Dan mereka mengambil inisiatif untuk membetulkan mana yang salah dengan membuat temujanji dengan doktor dalam hal ehwal kanak-kanak ni. Jadi doktor bagitahu pada ustaz untuk IGNORE SEMUA KESALAHAN DAN BAGI SEPENUH PERHATIAN KEPADA KEBAIKAN ANAK-ANAK.

Memang susah sangat kalau kita nak buat donno je kalau depa baling barang pada kita, cubit dan buat salah depan mata kan? Menguji kekuatan iman beb. Akhirnya selama sebulan, sikap anak-anak mereka menjadi lebih baik dan boleh dikawal.

Alhamdulillah, seronoknya dan insya Allah aku nak cuba. Nanti mungkin boleh share pada masa akan datang.

Kali ni, aku nak share input yang dapat masa seminar dengan Sheikh Yahya, Muslim DNA tahun lepas. Masya Allah bests angat dan kami suami isteri berterima kasih sangat kepada Uncle Allen dan Auntie Asriah sebab sponsor tiket kami. Barakumullahukhairan–

Aku nak share kesilapan yang biasa mak ayah buat TANPA SEDAR yang sebenarnya mendatangkan kesan jangka lama pada anak-anak. Tak lain tak bukan sebagai MUHASABAH DIRI di bulan baik ni. Semoga Ramadhan kali ini menjadi titik bersejarah dalam hidup, azam untuk menjadi ibu ayah lebih baik, anak lebih taat dan hamba Allah lebih ekselen. Ameen!

—-

13 kesilapan ibu dan ayah dalam mendidik anak

1) Tindakbalas ibu ayah yang keras terhadap kesalahan anak di mata mak ayah

2) Anak jadi kurang keyakinan kerana ibu dan ayah sibuk bagi nasihat je dan bukan bagi galakan dan sokongan

3) Anak tidak mempertahankan diri sendiri kerana ayah dan ibu terlalu mendisplinkan anak di khalayak ramai

4) Kalau anak jenis yang suka ambil barang orang sukahati je ini sebab mak ayah suka beli banyak barang untuk anak tapi tak bagi pilihan apa yang anak suka. Tiada pilihan untuk memilih.

5) Kalau anak jenis tak berani mencuba, maksudnya kita mak ayah ni cepat sangat tolong settlekan untuk dia. Bagi dia buat sendiri.

6) Kalau anak tak hormat orang lain, ni sebab mak ayah selalu bagi banyak sangat arahan. Banyakkan berbual.

7) Kalau anak cepat marah tu maksudnya nak perhatian kita mak ayah. Puji kalau diorang berusaha buat benda baik. Kalau nakal, elak daripada bertindak keras.

8) Kalau anak cepat jeles, sebab mak ayah selalu puji bila anak berjaya. Puji atas usaha dan lebih baik.

9) Kalau anak suka kacau kita, maknanya kurang dakapan. Mak ayah peluk anak banyak-banyak selagi sempat.

10) Kalau anak suka pertahan diri sendiri, ini disebabkan ibu dan ayah suka suruh anak yang tak sepatutnya (unreasonable)

11) Kalau anak jenis berahsia tak nak share apa-apa dengan ibu ayah, sebab mereka dah hilang kepercayaan pada kita

12) If your child does only what others tell them because you make them as a decision breaker.”Kalau tak pakai baju ni, kits tak akan keluar.”

13) Kalau anak remaja bermasalah selalunya disebabkan ibu dan ayah lebih pentingkan mulut/persepsi orang lain daripada anak sendiri.

Berikut adalah KESALAHAN yang selalu mak ayah terlepas pandang :

1) Terlalu mendisplinkan anak depan kawan-kawan dia

2) Buat keputusan, tukar, tukar balik, lepas tu sukahati tukar lagi. Lepas tu marah-marah anak tak ikut betul-betul keputusan yang dibuat.

3) Marah dan pukul anak, lepas tu mintak maaf

4) Terlalu fokus pada akademik dan mengendahkan pada agama dan akhlak seorang Muslim

5) Belikan anak SEMUA benda yang diorang mintak tanpa mengatakan tidak sekelumit pong.

6) Ajar anak takutkan ibu dan ayah lebih daripada belajar daripada kesilapan. Lebih lagi daripada takutkan Allah

7) Selalu tanya pada anak-anak siapa, apa, bila, bagaimana dan lalalala. Macam polis pencen

8) Layan anak macam perabot

9) Ibu dan ayah selalu risau pandangan atau mulut orang lain lebih daripada risau pandangan Allah

10) Konon-konon nak motivasikan anak dengan cara BANDINGKAN dengan anak orang lain

11) Potong atau cut terus masa anak main game dan TV

12) Terlalu sibuk hal masalah keluarga orang lain, sampai lupa nak bersyukur dengan apa yang kita ada

13) When you sons investigate other sexes, but when your daughter is wrong

14) Bagi kebebasan penggunaan internet, unlimited WIFI

15) Lebih pentingkan adat, amalan turun temurun

16) Selalu suruh anak-anak buat sesuatu tapi ibu ayah buat yang sebaliknya!

Semoga kita mengambil langkat dan tindakan yang lebih baik. Buat sekali tak jadi, cuba lagi. Tiada skema jawapan dalam mendidik anak. Dan Allah bagi semua anak mempunya specialtynya lain-lain. Amboih specialty tu macam menu restoren sangat.

Kadang-kadang terasa sangat letih, sangat penat nak layan mengamuk, sembang, kencing berak, main, belajar, susu anak-anak. CEPAT-CEPAT ISTIGHFAR! Satu hari mereka akan membesar dan semoga semua perasaan kita dulu pada mereka tak wujud dalam diri mereka saat kita tua nanti. Na’uzubillah.

Cabaran bekerja di rumah sangat tinggi, lebih-lebih lagi untuk aku yang sangat memerlukan fokus yang tinggi. Aku jenis sangat tak boleh berserabut dan bising-bising mesti nanti satu kerja pun tak boleh buat apa. Jadi aku ambil ini sebagai cabaran.

—–

Dalam ceramah ustaz Hasrizal ada cerita,

Masa dia bekerja di Hospital IJN dulu, ada seorang pesakit yang akhirnya setelah menunggu lama mendapat jantung baru. Penderma pula kebetulan pernah melihat berita pesakit tersebut dan berkata kepada ibu beliau berikan jantungnya kalau dia meninggal. DItakdirkan 2 hari kemudia dia meninggal. Selepas, IJN menerima panggilan si ibu, pasukan dari IJN bergegas ke tempat penderma dan buat semua test ternyata semua match dengan pesakit yang memerlukan jantung tadi.

Pesakit tersebut pernah sebut pada ustaz, kalau dapat jantung nanti first thing dia nak buat adalah berlari. Dan pembedahan pemindahan jantung pun berlaku. Namun demikian, akibat kerosakan sel di bahagian kakinya terpaksa dipotong.

Sungguhpun begitu, ayah pesakit memberitahu ustaz;

“mungkin Allah sedang berkata-kata dengan saya, ustaz. FOKUSLAH PADA NIKMAT (ANAK BELIAU MASIH HIDUP DAN DAPAT DISELAMATKAN NYAWANYA) DAN LUPAKAN PADA KAKI YANG SUDAH HILANG”.

—–

Menangis kot aku dengar.

Manusia memang mudah sangat lupa pada nikmat Allah bagi depan mata.

Allah, pelihara anak-anak aku daripada semua perkara tak baik. Hadiahkan aku kekuatan, ilham, ilmu dalam mendidik anak-anak nak bawa anak masuk Syurga. Ameen

Hati sangat bahagia bila lihat anak ceria

 

Anak yang ceria datang dari ibu ayah ceria

 

Bila serabut kembali padaNya, hati lagi tenang

 

Persiapkan diri kita dalam keadaan yang POSITIF dan baik

 

KORBANKAN perasaan atau emosi sendiri (ibuayah) demi masa depan anak-anak

Yang baik itu sesungguhnya semua daripada Allah.

Bubble bath

Bismillah

Pagi-pagi macam ni dah teringat esok apa nak buat sebelum settlekan banyak perkara.

Kata puasa jadi, mood kena ceria. Tak boleh stres-stres.

Jadi first thing lepas anak-anak bangun esok kita,

Main bubbles!

Salah satu aktiviti release stress ibu dan anak-anak. Bagi can duduk lama dalam bilik air.

Merupakan salah satu aktiviti untuk DISTRACT anak-anak daripada bergaduh/mengamuk/ tantrum.

Bahan-bahan :

+ Sedikit air

+ 1/4 pencuci pinggan

Untuk efek buih banyak silakan guna blender.

Letak dalam besen dan tambahlah air banyak mana pun.

Macam main snow dah.

Tambah efek lagi gunakan span atau pewarna makanan.

Span sangat bagus untuk kuatkan koordinasi tangan.

Aktiviti lain :

Lap dinding guna span.

 

Sumpah aku tak kreatif.

Anak-anak punya hal memang menjadikan mana-mana mak pun TERkreatif juga.

Terima kasih anak.

Yang benar,

ibu.

——

PERHATIAN IBU AYAH SEMEMANGNYA MAINAN PALING MAHAL BUAT ANAK

Insya Allah ibu usaha lagi ye.

Tahukah kita anak-anak yang bermain pasir bagus untuk perkembangan sensori mereka?

Bismillah

Kadang-kadang kita selalu tak perasan setiap aktiviti yang anak-anak kita SUKA sangat main tu sebenarnya mempunyai manfaat yang sangat mahal harganya. Kalau ibu ayah tahu betapa tinggi nilai aktiviti yang mereka main ni, nescaya ibu ayah sanggup menghantar anak-anak ke kelas khas seperti bermain pasir, bermain air dan sebagainya.

Sekarang pun di Malaysia dah ada, kalau tak silap dinamakan kids gym, kan?

Jadi jangan ambil mudah atas minat bermain anak-anak kita. Kalau nak marah ke apa, keep calm and google dulu -___________________-‘

Aku punyalah excited bila tahu pasal ni, semangat pergi beli pasir pantai untuk budak main dekat mothercare walhal Aliff masa tu baru 10 bulan. Mahu dia main? Last-last dah ada Fateh baru semangat masing-masing nak main. Alhamdulillah syukur tak sia-sia menanti dengan kesabaran dan kecekalan.

——

Bermain pasir adalah salah satu aktiviti yang baik untuk perkembangan sensori anak-anak.

Apa pulak perkembangan sensori?

Perkembangan sensori dapat dirangsang apabila melakukan aktiviti yang melibatkan deria rasa manusia :

+ auditori (penglihatan)

+ visual (penglihatan)

+ olfaktori (bauan)

+ gustatori (rasa dengan lidah)

+ taktil (rasa permukaan)

+ vestibular (posisi tubuh, keseimbangan badan)

Contoh semasa gelap, kita boleh menyeimbangkan diri dan berjalan tanpa jatuh.

+ proprioseptif (keberadaan anggota badan)

Contoh kita mampu menyuapkan nasi ke mulut sendiri walaupun dalam gelap

(Kelebihan anak-anak bermain pasir)

 

1. Perkembangan bahasa

Menambah kosa kata anak-anak semasa bermain. Mereka lebih mudah menerima kerana praktikal depan mata. Lebih mudah menjelaskan apa itu kasar dan lembut sewaktu bermain pasir daripada hanya sekadar menerangkannya, kan?

Contoh lain : Masukkan pasir ke DALAM bekas.

2. Perkembangan skil motor halus

+ koordinasi mata dan tangan, fokus ketika masukkan pasir ke dalam sesuatu bekas.

+ Mengasah skil pergerakan jemari halus : Menggenggam, menggempal, mengurai dan lain-lain. Ini membantu untuk aktiviti lain yang banyak menggunakan jemari halus.

3. Perkembangan motor kasar

Merangkak, berlari, melompat, mengangkat, melempar, dan meniti.

4. Perkembangan kognitif

Selain membentuk istana pasir, anak-anak juga boleh diajar membentuk huruf, nombor, membina perkataan dan sebagainya.

Jelas bermain pasir dapat menjadikan anak lebih cergas dan bijak.

5. Perkembangan sosial emosi

Apabila anak bermain dengan adik-beradik yang lain atau dengan rakan sebaya mereka. Kita dapat lihat bagaimana anak-anak bekerjasama antara satu sama lain, meluahkan perasaan semasa bermain, bertolak ansur.

Secara tidak langsung membina nilai murni dan mengajar anak memahami perasaan orang lain.

Keseronokan semasa bermain, gembira dan gelak ketawa membina emosi positif anak-anak. Mereka bebas explore dunia bermain dan melakukan eksperimen sendiri.

Sehingga anak-anak dapat mengembangkan pencapaian diri, keyakinan lebih tinggi, berani membuat keputusan, dan meningkatkan rasa ingin tahu.

6. Perkembangan aktiviti

+ Meningkatkan daya tumpuan dan fokus.

Membina bangunan istana pasir bertingkat-tingkat, menghubungkan bongkah-bongkah pasir yang telah dibentuk supaya tidak jatuh.

+ Menajamkan daya imiginasi dan kemahiran berfirir.

Contoh : Berfikir desain terbaik untuk istana pasir sendiri.

Apa lagi, jom hajak anak main pasir!

Nota : aku akan bagi main pasir kat rumah kalau mood baik. Nanti kalau mood tak baik takut pula diri ini amuk melihat rumah sudah menjadi padang pasir (pejam mata)

Resepi ais krim sihat | Ais krim mix berries & Ais krim mangga

Bismillah

Sekarang ni hampir setiap hari cuaca rasa panas, rasa nak bukak air cond sekitar jam 3-4 petang. Dasar anak bando tak reti duduk berterik-terikan. Tambahan pula, puasa begini teringin pula makan ais krim. Namun yang demikian, kita mampu #throwback jela aktiviti masa sebelum puasa hari tu dengan anak-anak :p

Aktiviti paling suka!

BUAT AIS KRIM

– Frozen berries

– Pisang

– Yougart

– Madu

Campur semua dan blend lama sikit sampai tekstur berkrim!

Gaya chef-chef sangat–

 

 

 

Aktiviti makan ais krim adalah aktiviti PALING disukai Muhammad Fateh. Pantang berhenti di petronas atau stesyen minyak pasti dimintanya ais krim.

Pelik juga.

Ibu suka makan ais krim ke masa mengandung Fateh. Tak boleh nak ingat balik pasal banyak sangat memori lain tersimpan sama. Kesian mereka berhimpit antara satu sama lain.

Jadi sudah semestinya pada hari tersebut siapakah dia yang paling happy?

(boleh rujuk kepada foto di atas yang mana imej nya bergegar sikit tak duduk diam)

*_____*

Fenin ibu!

mampu melihat dan telan air liur laju. Lalu tekan pangkah ats sebelah kanan

Kalau Fateh suka ais krimnya, ibu pula suka jus BOOSTER.

Selalu kalau teringin booster suka flavor mix berries + banana.

Hari tu try buat satu. Terus kembang hidung segala.

Sedapnya ya Allah!

Ok bai booster. Hahahah

Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan!

Muffin coklat untuk TEACHER!

Bismillah.

Ini adalah kisah bulan lepas iaitu bulan Jun. Dinukilkan di sini sebagai kenangan anak-anak.

Bulan Jun adalah antara bulan yang istimewa bagi mereka yang bergelar cikgu.

Ini kerana Hari Guru jatuh dalam bulan ini. Aku ingat lagi masa zaman sekolah, SANGAT bersemangat nak bagi hadiah pada cikgu-cikgi di sekolah. Mana taknya, terutama pada cikgu yang sangat rajin dan sabar melayan keranah kita yang um tak berapa um nak solehah masa sekolah dulu.

Waktu sekolah rendah dulu aku memang sangat rajin dan bersungguh-sungguh bungkus hadiah untuk cikgu kesayangan. Tapi masa sekolah menengah, kenapa tiada memori sebegitu atau apakah aku benar-benar tidak menyertai aktiviti tersebut atau apakah?

Memang masa sekolah menengah aku agak pelik sedikit dalam kehidupan norma seharian. Samada buat hal sendiri atau go with the flow. Tidak begitu kreatif dalam kebiasaan sebagai seorang pelajar. Harapannya anak-anak ibu tidak mengikuti jejak langkah yang ini. Puhlis– (gambar cartoon jepun yang mengalir air mata meleleh)

-______-‘ SANGAT!

Jadi untuk meng-install tahap kekereatifan dalam diri anak-anak ibu, ibu sediakan satu silibus dalam pembelajaran di rumah iaitu matapelajaran masak-masak atau dalam bahasa kasarnya silibus ‘mari menyepahkan dapur dan buat ibu serabut kelapa kepala’.

PROJEK MUFFIN COKLAT TICER

Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan tatau-padia-dah-lupa-pasal-ibu-dah-juling-kepala-ada-bintang-bintang.

Bahan-bahan yang digunakan ye puon-puon untuk buat muffin ceklat

 

Sepanjang proses projek nampak berjalan SEPARA lancar. Macam biasa di saat si abang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu, si adik pasti, ye pasti sepastinya tidak mahu ketinggalan untuk bersungguh-sungguh juga menyertai abangnya.

Ini bermakna kita ada 2 tenaga kerja yang bersungguh-sungguh sehinggakan dapur seperti menjalankan sebuah catering untuk 1000 kepala di kenduri kahwin nanti. Ibu mohon sabar kuasa 8 lagi.Mujur sahaja mood ibu SEPARA baik.

Ahaks–

Ada jugalah suara garau dan pitching tinggi sekali sekala kedengaran. Namun, anak-anak yang bersungguh-sungguh tadi kembali kepada fokus dan agenda utama seperti mengacau adunan sambil tersembul tepung keluar mangkuk.

*ibu pejam mata, kunci mulut ketat-ketat.

*dalam hati ISTIGHFAR kuat-kuat dan laju-laju sampai kadang tersalah sebut.

Asalnya adalah resepi brownies, tapi disebabkan kita letak dalam muffin, dia jadilah nama dia muffin. Warna pulak coklat. Jadilah muffin coklat.

Alah kadang-kadang malas nak bagi resepi. Bukan apa yang baca ni semua dah power. Baking sambil pejam mata. Semuanya mak-mak hebak sedunia. Resepi ni celah gigi je. Dah simpan measurement semua kat medula oblongata je.

Tak payah print screen, refer nanti kat dapur dan habis screen dipenuhi tepung 😛

Ampun maaf dipinta kawan-kawan kalau kita over sangat ni. Malam macam ni ngantuk sikit, otak sepatutnya berehat tapi badan tak mahu, nak juga tulis belog katanya.

Alhamdulillah selepas perjalanan yang berliku-liku itu, inilah hasil kerja anakanda yang wallaweeeh, marvellous wahai anakku!  Maaf ye nak, ibu buat slek bagi hadiah ticer lambat 4 hari. Ibu sibuk tatau-padia.Boleh menangis hujung dapur kalau fikir perangai mak dia.

T______T

Busy bro busy!
Bahan tidak didapati di kedai- kasih sayang
Masih semangat untuk memberi hadiah pada cikgu beliau walhal dah berlalu 4 hari, hari cikgunya :p