Bagaimana ibu dan ayah mendorong anak dengar kata

Bismillah.

Berikut nota yang boleh aku kongsikan daripada seminar parenting yang pernah pergi hari tu.

Mendorong anak gaya Nabi.

(Belum sampai tahap pemikiran anak)

Anak kecil kurang baik dalam memahami bahasa orang dewasa. Kesannya, mereka akan sedih, kecewa dan akhirnya menangis dan mengamuk apabila orang dewasa tidak memahami mereka. Dewasa pula melihat anak kecil ini berperangai mengada-ngada!

Contoh yang boleh kita ubah :

“Abang tunggu sekejap ye, ibu tengah basuh pinggan ni” kepada “Abang tunggu dalam kiraan 10, nanti ibu datang.”

“Kalau akhlak kakak baik, Allah sayang, ibu dan ayah pun sayang” kepada “Kalau kakak solat, cakap dengan baik, kongsi mainan dengan adik, tu semua perbuatan baik, Allah sayang, ibu dan ayah lagi sayang!”

======

(Galak anak bersikap baik)

Nabi Muhammad adalah individu yang sangat persuasif dalam komunikasi dengan orang. Ini penting untuk mendorong orang bersikap positif.

Antara tujuan dorongan :

+ Naikkan prestasi yang sudah bagus

+ Ulang tingkahlaku yang baik

+ Memberhentikan tingkahlaku yang buruk

Penting kita mengetahui cara yang betul untuk mendorong anak-anak bersikap positif.

======

(Bahasa yang digunakan untuk mendorong anak-anak berkelakuan baik)

+ Jangan guna bahasa negatif (malas, nakal, degil, masalah, rugi, gagal, buruk, comot, pengotor, corot)

+ Guna bahasa positif/ bahasa kejayaan/ bahasa masa depan

+ Gaya bahasa tidak bercakap menggunakan bahasa campuran (contoh bahasa Inggeris dan bahasa Melayu)

+ Satu bahagian teknik dalam satu ayat (ayat kritik, ayat puji, ayat tegur)

Contoh : “Sedap sambal belacan ni, yang! (ayat puji) Tapi kalau tambah gula sikit mesti lagi sedap! (ayat kritik)

Hanya puji perkara baik tanpa menyebut kesalahan atau sebut sahaja kesalahan tanpa memuji.

+ Aplikasi struktur ayat Nabi apabila membina skrip ucapan

Rujuk bawah.

========

 

20151118193134.jpg

(5 petua untuk menjadi ibu dan ayah yang baik dalam mempengaruhi anak)

+ Menggunakan pujian sebagai motivasi

-puji hasil kerja

-sebut impak positif daripada hasil kerja tersebut

-segera dan terbuka

+ Tidak menyiasat kesalahan

Contoh : “kenapa adik pukul abang?” atau “siapa tumpahkan nasi atas meja ini?”

+ Tidak kritik diri anak dan kesalahan

Contoh : Apa nak jadilah kamu ni, Akram? Asyik tengok TV je!”

+ Berkata positif atau DIAM. Ibu ayah boleh tunjuk muka marah dan apabila anak meminta maaf dan berkelakuan baik, terus senyum dan puji beliau.

Nota : DIAM itu paling mencabar walhal impak pada anak paling besar. Membebel paling senang tapi impak kurang.

========

Adik beradik saling mengulang perkara yang baik kerana suka dengan kata-kata ibu dan ayah yang mendorong diri mereka kepada lebih baik

=======

(5 strategi mendorong anak bersikap positif)

+ Buang strategi garang (ugut, ancam)

Contoh : “Kalau Fateh tak kemas mainan, ibu tak mahu bawa ke kedai.”

+ Mengubah konsep diri negatif kepada positif. Sentiasa puji atau sebut bahasa positif pada anak, menaikkan semangat mereka sebagai kesan penilainan diri daripada orang yang rapat.

Contoh : Keluar bilik, ayah puji “bagus anak ayah mandi awal”. Di ruang tamu, ibu pun puji, “anak ibu mandi awal, siap awal ibu suka.”

+ Mengekalkan konsep diri positif guna ganjaran sosial (pujian dan bacaan doa yang kuat di hadapan mereka)

Contoh : “Ya Allah, masukkan abang dan adik ke dalam Syurga kerana mereka berakhlak baik, membantu ibu dan rajin belajar, amin.”

+ Tingkatkan estim diri anak. Cari potensi dan bakat mereka dan beri dorongan.

Contoh : Anak kita suka bermain bola sepak dan kita boleh masukkan dia ke dalam kelab bola sepak atau pertandingan.

Nota : CIPTA PENGALAMAN BARU anak-anak supaya anak-anak dapat bertindak balas dengan maklumat dan pengalaman baru tersebut.

========