Anak suka buat bising di surau/masjid/kenduri

(Kenapa kami hampir putus asa bawa anak ke surau/tempat ramai orang)
.
Kami ada 2 orang anak laki yang sangat lincah, ligat dan aktif.
.
Alhamdulillah Allah bagi rezeki anak bijak.
.
Kami suka bawa mereka mana-mana kami pergi.
.
Walaupun Allah sahaja yang lebih tahu macammana penat, stres dan betapa nak menjerit dan menangis kalau bawa mereka ke tempat banyak orang. Mujur realitinya muka mampu berlagak cool. Dalam hati, €><>[^+*|>&/!!/?(-6!&*#
.
.
Anak ligat seperti ini, banyak orang nampak nakal, tak berakhlak, tak hormat orang tua, lebih rasa nak timbus muka dalam tanah adalah, mak ayah tak reti jaga anak.
.
T_____T
.
Pernah sampai satu tahap, saya tanya suami,”kita memang tak pandai jaga anak ke? Kalau pergi surau atau masjid, anak-anak mesti lari dan buat bising macam kita tak pernah pesan”.
.
Apa sahaja tips dari internet sampai berpuluh ibu kami jumpa semua kami dah praktik. Daripada pesan berjuta kali sebelum ke masjid/surau sampai solat tahajud dan doa kami usaha.
.
Suami dengan tenang memujuk. Katanya, “usaha lagi”. Sejak tu, kami memang cool dan tak stres lagi sebab bila fikir hikmah Allah, memang tak panik sangat.
.
Rupanya suami saya juga ligat macam tu. Sampai panjat tiang bagai. Rumah dia pulak depan surau. Kena marah memang selalu, tapi syukur pak mentua tetap bawa juga suami ke surau. Alhamdulillah perkara yang sama suami buat sekarang. Syukur jugak ahli surau sekarang makin memahami. Tu pun rezeki Allah bagi.
.
Tapi bila fikir, setiap kali pergi kenduri atau masjid/surau ada mata memandang atau menjegil pada anak-anak kami yang ligat tu, memang scary oh!
.
Rasa nak balik naik kereta dengan telekung jugak tu. Kah kah kah.
.
Bukan nak kata salah mata yang menjegil, tapi kita tak berada dalam situasi dia yang nak khusyuk, dia pun tak berada dalam situasi kita yang nak bawak anak ligat ke masjid/surau.
.
Bak kata suami, bukan budak senyap je nak ke surau.
.
Kesimpulannya, untuk mak ayah yang ada anak jenis kinestetik yang ligat, aktif dan bijak ni, teruskan memberi peringatan kepada anak seriap kali nak ke kenduri/surau/masjid/majlis/mana-manalah yang nak pergi, dorong anak dan bukan ugut, dan TERUSKAN DOA!

 

5c9aa-img_3837

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s