Cipta sistem pendidikan sendiri di bawah bumbung rumah kita

Supermom?
Hehehe in my dream!
Hakikatnya? Semangat mak ayah selalu teggelam timbul. Apatah lagi apabila dihimpit dengan keperluan kelangsungan hidup dan ketauhidan kita dijadikan.
Ayat Dr Norazizah masa Bicara Inspirasi Pendidikan Keibubapaan Sabtu lepas tu betul-betul buat kepala berasap.
RM10 je yurannya tapi value pengisian masya Allah, nangis. Feeling macam encik suami hadiahkan gelang emas tanpa sebab.
Ok, terover pula.
Baiklah, izinkan aku share skit beberapa input yang basik untuk setiap ibu bapa perlu tahu.
—-
Plan.
Kalau pergi bercuti, lihat je macammana begitu detail kita buat plan. Dengan bajet, tentatif, kelengkapan, destinasi mana nak tuju, memang tiptop insya Allah lah kan.
Tapi.
Berapa ramai antara kita yang merancang masa depan keluarga kecil masing-masing?
Penetapan misi dan visi rumah tangga adalah elemen terpenting dalam membina keluarga.
1. Set matlamat dan objektif apa yang keluarga kita mahu capai.
Contohnya mahu membentuk keluarga dengan suasana ilmu, memanusiakan manusia.
2. Set awal ketika anak-anak masih kecil senang dibentuk dan kerja mak ayah bertambah senang bila anak-anak besar nanti.
Pastikan konsisten! Tidak ubah-ubah ikut pengalaman orang itu dan orang ini. Anak-anak jadi pening dan hasil pembudayaan di rumah tak berkesan sebab mak ayah tak tegas.
3. Daripada matlamat, dapat mencorak dan merancang aktiviti keluarga setiap hari
Contohnya, hidupkan majlis ta’alim, usrah di rumah. Setiap ahli keluarga perlu diberi peluang bercakap, biarpun anak yang kecil sekali mahu bercakap tentang buku barbienya!
4. Aktiviti tersebut berpaksikan tema apa yang kita mahu terapkan dalam keluarga.
Contohnya budaya yang ingin dihidupkan, kaedah keibubapaan yang akan digunakan, peraturan asas, gaya hidup dan macam-macam lagi.
– No junk food!
– Tak mahu pewarna tiruan, gula dan garam berlebihan dalam makanan.
– Tidur seawal jam 9 malam.
– Solat berjemaah.
– Mak ayah tidak marah-marah sebaliknya mendidik dengan kasih sayang dan reward.
– Siapa tak jaga akhlak, akan dibekukan ganjaran 1 hari.
– Hidup bersederhana, tidak berlebih-lebihan dalam semua hal.
– Makan malam perlu dihadiri setiap ahli keluarga, wajib. Noktah.
Ini semua adalah contoh budaya yang kita tetapkan di rumah supaya boleh diteruskan lagi apabila anak-anak dewasa nanti.
—–
Kenapa perancangan dalam sesebuah keluarga penting?
1. Supaya kita dapat pegang hati anak-anak dan secara tak langsung menjadi benteng pada perkara tidak elok apabila mereka dilepaskan ke dunia luar. Selebihnya serah pada Allah.
Contohnya, kita tetapkan NO panggung wayang pada anak-anak. Tapi bila keluar dengan kawan-kawan ajak tengok movie, sekurang-kurangnya kita sudah buat persediaan hati pada anak-anak.
2. Kenal pasti dan tahu semua karenah anak-anak.
Kenal pasti kekuatan dan kelemahan anak-anak, atur kekuatan dan kecenderungan mereka kepada saluran yang betul dan lihat kelemahan mereka dan bantu kepada lebih baik.
Plan nak buat apa dan bagaimana.
Dengan itu mak ayah tak akan stres nak bandingkan anak sendiri dengan anak-anak yang lain.
Ada jenis yang lambat baca tapi akhlaknya baik, mudah dengar kata.
Ada yang jenis pendam susah nak mintak maaf tapi semangat bangun pagi ikut subuh di surau.
Ada jenis yang tak paham-paham bila ajar matematik, tapi bab kemahiran hidup dia power.
Macam-macamlah. Berhenti sekejap daripada serabut kerja rumah kerja opis tu, spend masa lebih sikit dengan anak-anak. Buat kajian sikit terhadap anak sendiri.
3. Jelas dengan matlamat ke mana nak bawak generasi kita nanti.
—–
Proses membina karakter anak, lamanya tu, adalah sepanjang anak itu bergelar anak.
Lama kan?
Antara kategori anak-anak ni :
1. Anak yang degil (difficult child) contohnya, lasaknya tu Allah je yang faham, marah-marah, suka buat bising, sepanjang masa nak buat perangai.
Mak ayah boleh lihat mereka samada degil/keras hati atau kuat daya tahan dan pendirian hidup?
2. Ada anak yang pemalu (slow to warm-up child)?
Lama sikit duduk kat tadika tu baru boleh nak start kawan-kawan.
Mak ayah perlu ambil masa untuk lihat perkembangan atau kekuatan mereka. Chill dan sabar!
3. Manakala anak yang suwit alololo bijaknya dia (easy child), mudah dengar kata, mood positif sokmo, senang ikut rutin harian.
Kalau hat ni, mak ayah jangan enak-enak dulu loh! Terus belajar lagi, bentuk anak lagi dan lagi.
Allah hadiahkan jenis-jenis anak kepada setiap mak ayah mengikut daya tahan dan kekuatan mak ayah itu sendiri.
Syukur anak-anak aku ligat sokmo, mak ayah dia tough! Hehehe
——
So apa sebenarnya nak cakap kat sini?
Plan.
Plan.
Plan.
Rancang masa depan dan destinasi keluarga sehabis baik.
Lagi hebat daripada kita rancang perjalanan wedding kita 5-6 tahun dulu.
Sekarang jugak, cari buku nota kosong. Rancang dan tulis.
#jurnalsicilik
12795535_10153667806388248_7036923303071224285_n12800311_10153667806368248_7397367690125016806_n12804760_10153667806423248_8401858643542706201_n
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s