5 tip dorong anak solat

Bismillah.

Kebanyakan ibu bapa hari ini struggle untuk bawa anak-anak kecil ke surau/masjid dalam usaha memupuk rasa cinta mereka pada masjid/surau, namun terpaksa berdepan dengan sifat mereka yang suka berlari dan bermain.
Sebelum itu, apa kata kita struggle juga untuk pupuk minat anak untuk solat dulu bermula di rumah.

Apa target ibu bapa?

+ menghidupkan rutin solat dalam diri anak-anak

+ menjadikan solat sebagai sesuatu yang disukai (enjoyable)

+ anak-anak memahami bahawa solat adalah kewajipan

Apa cabaran ibu bapa?

+ tidak mahu anak benci atau rasa tidak seronok untuk solat

+ tidak mahu anak menipu tentang solat

5 tip dorong anak solat.

Bagaimana caranya?

Cara di bawah ini adalah idea daripada pengalaman kami yang masih berusaha melakukan perkara-perkara di bawah. Ibu bapa perlu maklum, bukan semua anak-anak itu sama. Ada yang boleh terima cepat, ada yang perlu kita usaha lebih. Jadi, apa yang penting di sini adalah doa, semangat yang tinggi dan usaha konsisten yang perlu ibu bapa lakukan.

Berikut adalah sedikit perkongsian supaya anak rasa solat adalah sesuatu yang SANGATLAH BEST!

1. Ibu bapa jadikan solat sebagai prioriti

Cuba kita imbas kembali, kenangan semasa kecil melihat ibu bapa kita sentiasa
mengutamakan solat. Jiwa rasa tenang dan suka melihat situasi itu.
Apa akan jadi pada anak-anak kita, kalau mereka lihat kita menjadikan solat sebagai sesuatu yang stres, melambat-lambatkan solat selepas azan, dan kadang-kadang termiss solat ketika dalam perjalanan?

Anak akan faham solat sebagai prioriti apabila kita ibu bapa MENGUTAMAKAN SOLAT. “Dah azan, ibu kena solat sekarang, Allah dah panggil ibu!”

Apa yang kita lihatkan pada anak-anak adalah, SEMANGAT untuk disayangi Allah, keterujaan untuk melakukan kewajipan, komitmen yang tinggi terhadap ALLAH, Tuhan sekalian alam.

2. Tunjukkan kegembiraan dan keseronokan dalam mengingatkan anak tentang solat

Ibu bapa bangun awal pagi untuk persiap diri solat, mengaji, zikir dan sebagainya. Apabila ibu bapa lebih bertenang, ini adalah suatu yang mudah untuk kejut anak bangun solat subuh.

Dimulakan dengan suara yang lembut, doa, atau ayat Quran di telinga mereka. Beserta sentuhan yang lembut di bahagian belakang mereka. Apabila anak dikejut atau diingatkan untuk solat dalam keadaan yang tenang dan baik, insya Allah mereka juga dapat solat dengan baik.

Kalau kita panggil anak terjerit-jerit untuk solat, hurmmmm….

Kita pun tak suka kalau diperlaku begitu, apa lagi anak.

3. Lukiskan kisah-kisah dalam al Quran dan jalan cerita menarik tentang solat

Anak kecil suka mendengar cerita dan sukakan imej yang dilukis kerana ini akan meninggalkan kesan yang lama dalam minda mereka.

Cerita dengan penjelasan yang mudah difahami mereka.

Kenapa kita solat?

Untuk dapat redha Allah, untuk Allah sayang kita.
Allah jadikan solat special untuk manusia.

Lepas seharian bekerja atau belajar, kita memerlukan rehat untuk kembali bertenaga. Solat adalah sejenis bentuk rehat untuk kita. Semasa solat, kita baca ayat-ayat Allah yang cantik dan berzikir dengan memuji Allah atas semua nikmat dan ujian yang Allah telah berikan pada kita. Lepas tu kita ada ‘private time’ dengan Allah untuk cerita semua benda yang buat kita happy, sedih dan juga harapan kita, apa yang kita nak. Jadi bila kita cerita semua pada Allah, kita akan rasa dikasihi dan disayangi Allah, sebab Allah pun sayang kita lebih ibu sayang, pada anak-anak ibu! Jadi, walau macammanapun, kita solat ye sayang.
Allah sayang kita dan selalu tunggu ‘appoiment’ kita dengan Dia.

4. Penuh kesabaran dalam memberi galakan untuk anak solat

+ Ingatkan mereka dengan nada yang diterima

+ Galakkan mereka untuk azan

+ Galakkan solat berjemaah

+ Solat depan mereka, bentangkan sejadah mereka walaupun mereka tak mahu solat

5. Apabila anak solat, puji dan mendoakan mereka dengan nada yang didengari

Ini benda yang paling kami suka lakukan. Anak-anak juga cukup terkesan dengan cara yang ini. Kadang-kadang kita lupa doa bila mereka solat dan mereka akan ingatkan kami untuk doa masuk Syurga tu.

Masya Allah.

Ada masa anak bad mood, tak mahu solat.

Konsistenlah lakukan usaha ini.

Setiap kali kita buat benda ni, sentiasa ingat balik niat asal.

Kenapa kita mahu anak solat?

Untuk sedap mata memandangkah?

Untuk rasa lepas bebankah?

Yang sebenarnya untuk dapat REDHA ALLAH tu!

Terima kasih kepada SimpleTips4mom.com untuk idea ni. Kami memang ikut sebijik-sebijik.

Ramadhan kareem πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s