7 tip bawa anak ke masjid

Bismillah.

Kita makin sangat hampir dengan 10 Ramadhan terakhir.
.
Belum terlambat kiranya kami berkongsi sikit idea bantu anak kecil menjaga akhlak di surau/masjid daripada pengalaman sendiri dan sahabat. Bezanya, kami masih lagi struggle dan berusaha salam pembentukan akhlak anak-anak di surau. Belum kira sukses lagi. Aduh!
.
Baiklah, pada hemat saya yang hina ini. Saya kira amat bagus untuk bawa anak dan biasakan anak-anak dengan masjid dan surau. Cuma ada beberapa perkara yang ibu bapa perlu waspada.
.
1. Kerap membawa anak ke surau/masjid. Ini bermaksud tidak hanya bermusim ketika Ramadhan sahaja.
.
2. Anak-anak perlu sentiasa dalam pantauan ibu bapa dan tidak mengganggu jemaah yang hadir.
.
Kita semua mahu anak-anak membesar dalam persekitaran yang baik insya Allah. Anak-anak perlu sentiasa dalam bimbingan ibu bapa, insya Allah, Allah akan selalu bantu sekiranya niat kita ikhlas. Amin amin.
.
Sudikan kiranya sahabat ada idea lain, boleh share di ruang komen kita berdiskusi sama. Sesungguhnya pengalaman setiap orang itu berbeza.

.

13466194_10153966630058248_1732834168684013686_n

 

(7 idea bantu anak kecil menjaga akhlak di surau/masjid)
.
1. Ibu bapa mohon doa dengan BERSUNGGUH-SUNGGUH pada Allah semoga dipermudah mengurus anak-anak kecil di surau/masjid.
.
2. Sebelum tiba ke masjid, di eumah lagi ibu bapa harus berbuih mulut pesan pada anak-anak tentang solat bersama dan akhlak di masjid. Jika perlu lukis, lukislah. Pasti anak-anak lebih senang tangkap apa yang ingin ibu bapa sampaikan.
.
3. Bawa bersama buku atau pensel warna atau apa-apa sahaja yang mereka boleh ralit beraktiviti bersama kawan-kawan baru di masjid.
.
4. Bawa ke surau/masjid yang lebih sempit dan jemaah lebih kecil. Anak kecil sangat teruja untuk berlari dan bikin meriah di tempat lebih luas. Ibu bapa juga mudah pantau anak-anak mereka.
.
5. Bawa anak ke surau/masjid yang berbeza. Mereka ambil masa untuk biasakan diri di tempat baru. Tak perlu jadi abang kawasan setiap masa. Hehe.
.
6. KERJASAMA suami isteri sangat penting dalam memastikan anak sentiasa dalam keadaan terkawal. Pujuk anak dengan baik supaya tidak mengganggu jenaah lain.
.
7. BACK UP! Sekiranya anak kerap dan terlalu bising, ibu bapa boleh fokus pembentukan solat anakndi rumah.
.
Ibu mainkan peranan ini.
.
Jadikan surau/masjid sebagai reward sekiranya mereka jaga solat dan akhlak.
.
Insya aallah kita sama-sama usaha lagi ke arah membimbing anak-anak zaman serba canggih ni ke arah Islam lebih baik. Amin amin.
.
Semoga bermanfaat hendaknya.
.
#SHARE sekiranya bawa manfaat pada sahabat kita yang lain.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s