Bahasa jiwa bangsa.

 

Hari tu, Ustaz Hasrizal ada sebut dalam seminar tempoh hari.

Antara punca perceraian di Malaysia adalah TAK PANDAI GADUH.

Ok serius blur jap.
.
Rupanya, KURANG SKIL BERKOMUNIKASI.

Dalam perjalanan beliau dengan anak-anak dari sekolah, beliau tanyakan pada anak-anaknya, apakah ayat dalam Bahasa Melayu untuk moon is talking?

Anaknya menjawab, “bulan sedang bercakap.”

Ustaz tanya lagi, “selain tu?”

Anaknya jawab lagi, “bulan sedang bercakaplah, abi. Kalau abi jawab apa?

Ustaz jawab, “Sang rembulan sedang berkata-kata.”

PAP! Aku sendiri pun tersentak!

Yelah, 2 ayat berbeza namun maksud sama.

Kalau kita lihat dalam filem zaman dahulu, ayat-ayat mereka cantik tersusun, sedap telinga mendengar.

Ustaz ada sebut, laki bini muda sekarang kalau bergaduh, cakap sekejap, lepas tu dah tak ada modal, dah tak ada benda nak cakap lagi, lepas tu mintak cerai.
Orang dulu kalau bergaduh, ayat-ayat mereka yang berkias itulah secara tak langsung berbaik semula.

Apa puncanya?

KURANG MEMBACA.

Nak pulak sekarang sibuk membaca di FB je kan? Hummmm

Termenung jauh jugak Cik Nad kita ni.

Terus teringat, masa seminar komunikasi dengan anak guna teknik Nabi.

“Abang, angkat baju ni masuk dalam bakul.”

“Sesungguhnya, Allah sangat suka pada kita kalau kita menjaga kebersihan dengan meletakkan baju kotor ke dalam bakul.”

Rasa-rasa ayat mana satu yang digunakan buat anak kita semangat nak masukkan baju kotor dalam bakul tu?

Moralnya? Guna Bahasa Melayu Tinggi walaupun di rumah dengan anak-anak.

Nota : ayahnya Aliff pun sedang berusaha menukarkan perkataan gila (sangat) kepada sungguh.

13335962_10153929765668248_8139866129858018452_n.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s