13 idea barang dan aktiviti anak-anak KETIKA pulang ke kampung

Bismillah.
.
Selamat pagi semua!
.
Masing-masing dah mood balik kampung?
.
Tak senang duduk dah plan macam-macam hari ni.
.
Aci ke Cik Nad share sikit idea supaya si kecik bertabah dalam kereta sepanjang perjalanan? Hehehe
.
Kita coba lah ye mana mana yang mampu.
.
Ye lah mak-mak ni kan, kalau boleh seluruh isi rumah nak bawak balik kampung sekali :p
.
Sebelum tu izinkan, Cik Nad share sikit tips pulang ke kampung dengan anak-anak.

+ kalau mampulah, bertolaklah malam. Bahagia rasanya kalau sepanjang perjalanan anak-anak selesa ketiduran, betul ke?
.
+ Sediakan travel pek untuk setiap orang. Contoh anak-anak ada baju salin dia, snak pek, toys kesayangan, bantal busuk etc etc.

Pek kita pulak ada charger, buku nota, atau apa apa la yang penting diperlukan dalam perjalanan. Takdelah nanti terkial-kial kena korek beg, sengsara pulak terbarai nanti semuanya.
.
+ Bawak air masak secukupnya, makanan dan snek sihat. Anak-anak cepat lapar, makanan buah-buah macam anggur, epal.
.
+ RNR. Rehat dan rawat. Anak kecil perlukan take a break untuk salur keluar energi berlebihan dia. Jangan paksa diri sangat straight je sampai destinasi.

Kita dewasa pun nak renggang-renggang bagi rileks sikit badan tu.

13511060_1791899491040352_1255534302886448693_n

(13 idea barang dan aktiviti anak-anak KETIKA pulang ke kampung)

1. Travel mini box – hot wheels (kereta kecik-kecik) + stiker + action/animal figure (ultraman, barbie, dinosour) + mainan berbunyi. Bantu anak berimiginasi dalam kereta.
.
2. Buku/skecth pad/ mini whiteboard + marker/pen. Untuk anak-anak melukis, menulis, main tic tac toe, BINGO.
.
3. Camera phone. (Handphone lama tak guna tapi boleh berfungsi.) Untuk anak-anak capture gambar sepanjang perjalanan.
.
4. Belon. Pertandingan tiup belon dalam kereta dan main belon.
.
5. Playdoh. Tak perlu bawak banyak, bawa sedikit sahaja supaya anak-anak boleh ralit.
.
6. Aluminium foil/ tisu/ pipecleaners khas untuk anak-anak main. Bantu mereka ralit sambil berimiginasi membentuk bahan-bahan tersebut menjadi roket/topi dan sebagainya.
.
7. Katalog membeli belah. Kalau pergi toy r us jangan lupa ambik banyak-banyak katalog dia, biar anak-anak berangan dalam kereta. FREE je berangan.

Tapi kalau betul ada bajet, letakla syarat, contoh kalau akhlak baik,sepanjang raya ni, masuk rumah orang salam, nak balik salam, makan elok-elok, hantar pinggan ke dapur, tak bising, akhlak soleh, abah bagi satu hadiah, pilih SATU JE. Kalau tak ada bajet senyap ajelah.
.
8. Busy bottle. Untuk anak lebih kecil, ambil botol kosong dan letak beras dan abjad atau number dalam tu. Biar anak-anak cari abjad yang kita minta.
.
9. Aktiviti I SPY (minta anak carikan objek sepanjang perjalanan)
.
10. Aktiviti NAMAKAN 3 JENIS. Nyanyi sama-sama lagu teka-teka, NAMAKAN 3 JENIS….
.
11. Aktiviti sambung cerita, belasah jelah cerita apa pun. Atau pun mengenang memori lama ke. Mesti tergelak-gelak lahkan kalau cerita nak mengenakan antara satu sama lain. Kalau anak lebih kecil, ibu ayah boleh cerita masa dia kecil-kecil dulu, dalam perut ke.
.
12. Aktiviti teka no plate.
.
13. Bantal, selimut dan AROMA TERAPI. Sekarang tengah femes essential oil yang boleh bantu menenangkan mood yang menerima baunya. Ambil manfaat tersebut.
.
14. Buku dan komik. Kalau start awal takdelah bila beso nanti, baca sikit dah pening. Hehehehh
.
.
Nota : Hati hati memandu, rancang perjalanan dan tawakkal pada Allah minta lindung perjalanan sehingga destinasi.
.
.
#SHARE kalau bermanfaat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s