NO means NO rule

Masa Aliff masih kecik, Cik Nad pula tengah semangat berapi-api apply parenting skil yang kutip dari internet, ada suatu perkara Cik Nad rasa tak kena.
.
.
Ada nasihat yang mengatakan, kalau ada benda yang kita ingin bertegas, NO means NO walaupun dia melalak meraung.
.
Apa yang mengejutkan, ye Cik Nad follow rule tu.
.
.
Sampai lah beberapa ketika Cik Nad rasa ada benda tak kena dengan cara tu.
.
.
Kadang-kadang kat pasaraya ke tempat anak kita mengamok tu ramai orang, tak tahan lah dengar anak awak mengamok. Nak displin kan pun pergilah tempat tertutup sikit, alahai Cik Nad ni pong kang.
.
Dari aspek psikologi Cik Nad tak berapa arif tapi yang pasti memang meninggalkan impak negatif jugak lah kat situ.
.
.
1) yes kita boleh follow rule tu. NO means NO.

2) tapi jangan sekali kita abaikan kehendak dia dengan biarkan kemahuan dia tergantung. OFFER ALTERNATIVES!

Kalau dia nak toys, offer dia jalan-jalan tepi kolam. Kalau dia nak main games kat smartphone, offer dia majalah kartun yang dia suka. Kalau semua tak nak, doa kat Allah banyak-banyak bagi ilham. Dalam keadaan panik macamni kita selalu lupa pertolongan Allah dan nampak budak tu kecik beso je kan?

3) Kesian orang sekeliling. Prihatin dan bersikap ihsan. Memang nak displinkan anak tapi jangan abaikan hak orang lain nak shopping dengan tenang.

Ni tidak, kita lagi marah pulak orang yang pujuk anak kita tu. Sebab masuk campur kita nak didik anak. Eh dia tu cuma nak menenangkan budak tu supaya aman sejahtera dia nak shopping lah!

4) Pujuk! Gunakan magic words kita. Peluk. Anak saya masa marah cukup tak suka dipeluk, pernah kena sepak, cakar, pukul semua pernah tapi saya pujuk jugak guna kata-kata. Kalau dia jerit kita diam dulu bagi masa dia. Bagi reda dulu api kemarahan. Jangan beriya pujuk masa dia tengah serabut lagi geram nanti dia.

Kalau kita penat dan kurang sabar, samada kita lari tempat lain bertenang atau minta pasangan atau orang lain handle anak.

Cik Nad pernah biar anak menangis lama konon nak displinkan dia, kesian! Emosi dia terganggu kehendak dia tergantung!

Jangan buat macam tu ya! Alhamdulillah Cik Nad banyak belajar ni melalui pengalaman yang sikit ni.

13012806_10153820107623248_4055538101361272866_n.jpg

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s