7 usaha nak kawal marah anak

Bismillah

Allahuakbar.

Dalam seminggu ni terasa betul-betul letih.

Semua orang pun letih. Kita ni manusia cepat je nak merungut

HAL DENGAN ANAK-ANAK

Ok, yang ni kalau fikir je pun memang dah letih. Kisahnya Aliff semenjak dua menjak ni suka benar usik adiknya. Pantang nampak adik bersenang lenang menikmati angin sepoi-sepoi bahasa atau pun pantang nampak adik dia pegang mainan nak meluangkan masa yang berkualiti sambil bermain menambah pengalaman hidupkan.

Cepat aja abangnya libas, rampas dan terbabas.

Terbabas sebab nampak ibu, lantas berlari sakan dan tersungkur di pintu biliknya.

Kadang terlepas juga ibu, tergelak. *oops kunci mulut.

Tapi kebanyakan masanya kalau datang perangai mengusik tu, ibu cepat betul naik angin.

MARAH YANG AMAT!

Pernah sekali tengah sedap dia gomol pipi adik dia tu, ibu gomol pipi Aliff balik dengan double power. Huhuhu menangis teriaklah apa lagi.

Macammana nak buat eh? KADANG-KADANG RASA DIRI INI PEMBULI PULA 😛

MARAH. Memang tak boleh nak elak. Kadang-kadang tindakan refleks.

Ibu, jangan pula rasa down sampai give up kata tak pandai didik anak. we all been there. Kita manusia biasa, selalu buat silap. Yang penting kita bangkit semula dan teruskan langkah dengan betul. STAY POSITIF balik. Regain energy. Kurangkan FB dan benda lagha. Banykkan masa dengan nikmat Allah bagi depan mata, ibu ayah, anak-anak, masjid, rumah anak yatim dan macam macam lagi.

—-

Dalam satu artikel yang pernah ibu baca, dalam rumah mereka ada rules.

+ Semua orang boleh bercakap APA SAHAJA, boleh luah apa-apa perasaan pun

+ TAPI TAK BOLEH jerit atau menangis dengan kuat.

Kalau tak tahan sangat, tempat yang dibenarkan hanyalah bilik masing-masing.

Jadi perkara ini mengurangkan hukuman dan lebih kepada peringatan.

—-

Dan kerana itulah minggu ni di rumah kami adalah pembelajaran bertemakan KASIH SAYANG.

Untuk aktiviti pertama kita amik bab CREATIVE.

CREATIVE adalah aktiviti yang sarat dengan warna warni seperti mewarna, melukis, menyembur dan lain-lain aktiviti yang melibatkan seni.

Salah satu manfaat dengan aktiviti sebegini, anak-anak dapat melepaskan emosi terpendam dan melepaskannya pada hasil kreatif.

 

Nanti-nanti kita masuk bab Quran dan math dengan tema yang sama kita cerita lain pulak.

Selain daripada aktiviti mungkin ibu dan ayah atau mana-mana individu yang memang punya perasaan marah cepat meletus pada anak-anak mungkin boleh cuba cara kat bawah ni. Ni adalah pengalaman hidup yang tak berapa nak lama makan garam.

PERKONGSIAN TIPS KAWAL PERASAAN MARAH IBU BAPA KEPADA ANAK KECIL

Bila anak buat perangai :

1. Asingkan atau cepat-cepat alih  anak yang bergaduh. Bawa anak ke tempat yang lebih sunyi.

Penting pergerakan untuk memastikan emosi sedia kala tidak bersama, kalau kita sendiri marah kita pun kena ubah posisi kita. Kalau di tempat yang sunyi anak mungkin lebih tenang tak malu sangat orang duk perhati dia. Bina keyakinan diri dia balik.

2. Kita sendiri diam, istighfar, duduk, baring, alih posisi.

(PENTING)

Huhuhuhu. Tapi susahnya yang amat!

3. Ambil masa bertenang. SABAR dan ZIP MULUT.

Ye paham. Kita mesti nak bercakap benda yang sepatutnya dan apa yang betul apa yang salah. Belum lagi. Belum masanya. Apapun yang kita cakap sekarang, anak-anak memang ignore dan reject.

4. Bayangkan saat mereka dilahirkan dan diletakkan di sebelah kita

Imagine anak kita yang masih bayi dan comel putih bersih suci tiada dosa. Mengimbau memori itu memang mendamaikan dan menenagkan jiwa sendiri. 🙂 Jangan senyum-senyum pula depan anak.

5. Peluk anak

Penting ada skin and eye contact. Give attachment. Kalau anak reject, give him some space. Lama sikit peluk balik. Jangan dah kena reject dengan mak-mak sekali merajuk tantrum.

6. Pujuk atau minta penjelasan anak

Mungkin lama sikit selepas kejadian. Key point nya jangan ditanya KENAPA?

Lebih baik tanya, “Macammana ibu boleh bantu Abang untuk happy dan tak sedih?”

Ataupun pujilah di atas keberanian dia untuk tidak meneruskan kemarahan ke.

Tak kisah apa pun jangan MENYIASAT. Kita pun tak suka masa bad mood orang tanya kita macam-macam macam polis pencen :p

7. Minta pasangan handle anak

Pilihan lain. Kalau rasa kita tak boleh handle minta bantuan orang lain. Sometime kalau anak ada nak buat perangai dengan mak, memang ayahlah kena handle supaya tak berlarutan.

Masa ni ibu terkejut beruk sebab senyap je sekali tengok basuh pinggan sampai penuh air dalam sinki

 

Masa ni bisingnya ya Allah si abangnya, ibu tengah consult customer

 

Terkejut beruk lagi sebab Formula 1 shake dah jadi pasir tepi pantai

 

Main bedak

 

Nyakat adik sejak azali

 

Muka bengis beliau

Semua foto di atas ni macam buat ibu je yang PEMARAH bukan anaknya HAHAHAH.

Tapi bila ibu dah marah, lepas tu Aliff kena marah la pulak. Hohohoho

Tak mau marah-marah ye sayaang, abang nak masuk Syurga ye dok?

Nah ni doa untuk ibu T____T
Advertisements

8 perkara yang perlu ibubapa tahu untuk melatih anak menangguh kepuasan

Bismillah

Sepanjang jadi mak orang ni kan, memang banyak kali aku terbabas.

Rilek jangan panik.

Bukan terbabas kereta malah terbabas kari ;P

Tapi terbabas perasaan, tingkah laku dan mungkin juga terbabas kata.

Mana tidaknya, anak-anak membesar bagai juara gitu. Memang mengundang latihan keimanan yang tinggi. Tapi dalam perjalanan membina benteng kesabaran itu, kadang-kadang aku tersungkur jatuh, sakit mengaduh sendiri.

Kadang lupa, kadang ingat cepat-cepat istighfar.

ASTAGHFIRULLAH.

Dan masa sendiri membelek timeline FB terjumpa ini sebagai pengubat diri yang tercari-cari solusi.

Pentingnya IHSAN dan RAHMAH

Datang sebagai peringatan untuk diri ini.

Yang selalu lupa untuk mendidik hati.

ALLAH MELIHAT CARA KAU MENDIDIK ANAK, NADIAH.

DIDIKLAH DENGAN KASIH SAYANG SEPERTI NABI MUHAMMAD MENDIDIK UMAT.

Allahuakbar.

Betullah orang cakap, nak didik anak jadi baik mak ayah dulu kena baik.

Betullah orang cakap, nak didik anak jadi SABAR mak ayah dulu kena SABAR.

Jadi, kat sini nota untuk diri sendiri sebagai reminder dari masa ke masa macammana nak terapkan kesabaran dalam diri anak-anak.

8 perkara yang perlu ibubapa tahu untuk melatih anak menangguh kemahuan

1. Luang banyak masa bersama untuk melatih anak bersabar

Rahsia untuk menerapkan budaya sabar dalam diri anak-anak bukanlah setakat anak itu mampu menunggu kita dengan baik, sopan dan santun.

Kajian menunjukkan anak-anak yang baik dalam bersabar (menangguhkan kemahuan) adalah apabila mereka belajar untuk mengalih perhatian kepada perkara lain.

Contohnya sementara menanti ibunya mengambil makanan atau susu untuk mereka, mereka boleh mengalih perhatian kepada menyanyi lagu, bermain kaki sendiri atau sebagainya.

—-

2. Tangguhkan masa kita respon pada anak-anak

Ye saya tahu, kita pernah terbaca kalau bayi atau kanak-kanak minta sesuatu cepat perlu diraikan. Perkara itu boleh diteruskan. Apa yang mahu ditekankan di sini adalah untuk membentuk satu rutin atau tabiat yang mana apa yang kita boleh lakukan, apabila anak-anak minta sesuatu tapi kita dalam keadaan sibuk.

Contoh situasi

+ Apabila anak meminta untuk koyakkan tisu semasa kita sedang memasak. Beritahu padanya sebentar sahaja lagi selepas selsai ibu memasak atau dalam kiraan 10.

+ Apabila anak mahukan sesuatu barang yang tinggi, rendahkan barang pada kemampuan anak untuk mengambilnya. Tanpa perlu kita beri terus padanya.

——

3. Manfaat sekiranya kita tangguhkan kemahuan anak-anak

+ Anak belajar untuk bersabar dan boleh mengawal kemahuan

+ Anak kita sedar bahawa bukan semua perkara yang dimintanya akan dapat perhatian segera.

+ Latihan menangguhkan kemahuan ini, secara tak langsung anak membesar menjadi lebih matang.

+ Anak boleh biasakan dengan masa terluang. (cope with boredom)

+ Anak boleh mengawal suasana panik

—–

4. Melatih anak-anak bina rutin

Setiap anak perlu diberi pembelajaran tentang limit dalam setiap tindak tanduk mereka. Tapi lakukannya dengan kasih sayang.

Contoh situasi

+ Lego bersepah : Beritahu padanya selepas bermain kemaskan. Dan tunjukkan cara yang betul untuk mengemas. Anak-anak pasti suka sekiranya kita kemas bersama

+ Anak-anak bertaburkan buku : Beritahu tindakan itu perlu dihentikan dan tunjuk pada mereka bagaimana untuk meletakkannya semula. IGNORE kalau mereka tak mahu ikut apa kita kata. Anggap kita sedang memberi pelajaran pada mereka.

Anak-anak perlukan masa dalam proses pembelajaran.

“It takes both loves and frustration for the child to construct himself”.

 

—–

5. Teknik bila anak mencelah kita sedang dalam perbualan

Selalukan anak tak sabar-sabar nak bercakap dengan kita, baik masa kita bersembang di telefon atau dengan kawan-kawan. Memang anak-anak energinya banyak jadi excitednya pun lebih.

Setiap anak caranya berbeza tapi teruskan berusaha. Apa kita boleh cuba praktikkan apabila anak mencelah, adalah :

+ Henti sebentar perbualan dan beritahu pada anak-anak, “ibu sedang dalam perbualan, nanti selesai ibu main dengan adik.” Pastikan kita tunaikan janji tersebut.

+ Semasa dalam perbualan sentiasa lihat mata anak, dan lambai atau tunjuk tanda bagus menandakan kita rekognisi kewujudan dia bersama-sama aktiviti yang kita sedang lakukan.

+ Ajarkan perkataan ‘urgent’ sekiranya benar-benar penting.

+ Tunjukkan muka kita pada kawan yang sedang kita berbual supaya mereka faham kita sedang ‘bekerja’.

Latihan ini penting kerana kita bukan sahaja dapat menikmati masa bersembang malah mendidik anak-anak untuk belajar adab apabila bercakap dengan ibu ayah dan sedar apa yang sedang berlaku.

Latihan ini juga bukan semestinya pasti anak-anak tidak akan mencelah perbualan ibu ayah lagi, namun anak-anak akan faham dan biasa dengan keadaan ini di mana mereka tidak mudah mendapat perhatian ketika ibuayah dalam perbulan dengan orang lain.

—–

6. Anak-anak juga tidak mahu diganggu

Terutama ketika anak sedang bermain, eakkan bertanya soalan atau ubah plan. Ketika itu anak sedang menyerap sesuatu mungkin pembelajaran/ imiginasi ketika bermain.

Sekiranya ingin bertanya, minta izin dahulu daripada anak-anak. “Kakak, ibu nak tanya kakak soalan boleh ke?”

 

7. Belajar menangguh kemahuan adalah skil kehidupan yang sangat penting

Anak-anak yang belajar mengawal kemahuan ketika usia awal kanak-kanak adalah lebih baik supaya mereka tahu bagaimana untuk respon kepada sesuatu cabaran dewasa nanti.

Percubaan untuk menyediakan anak-anak dengan semua benda yang diminta ketika usia masih kecil dengan alasan supaya mereka gembira adalah tidak bagus untuk masa depan mereka nanti.

—–

8. Melatih anak-anak bersabar memerlukan kesabaran yang tinggi

Anak-anak tidak akan bijak menangguh kemahuan atau menjadi seorang yang penyabar dalam masa satu hari.

Melatih diri untuk bersabar adalah pendidikan seumur hidup iaitu pembelajaran berterusan—skil dan nilai.

Konsisten.

Bila letih dengan satu cara, cuba alternatif lain pula. Wallahualam.

 

– diolah dari buku French Parents Don’t Give In : 100 Parenting Tips from Paris, tulisan Pamela Druckerman