Teknik ADHA oleh Dr. Siti Ujila Masuri

Bismillah

Allahuakbar!

Allah tu Maha Baik Maha Mendengar Maha Memahami.

Manusia selalu leka, selalu lupa.

—–

Masa tu Hari Sabtu. Hari untuk rehat. Saya dapat mesej daripada seorang sahabat baik yang tidak pernah bersua muka menyatakan tentang sebuah seminar yang saya tidak pernah ada dalam pengetahuan saya.

Biasanya seminar melibatkan anak-anak memang selalu terlintas di timeline FB ataupun grup whatsapp dan telegram.

Allah nak bagi rezeki pada saya, sahabat tadi bagitahu yang seminar tersebut dia nak pergi sangat tapi ada komitmen lain dan bertanya kalau saya puny masa lapang, menggalakkan saya pergi. Kerana ada seorang hamba Allah dah bayar tapi terpaksa mengundurkan diri daripada seminar tersebut.

Saya pun dengan senang hatinya nak pergi, walhal ada plan lain dengan suami. Tapi tak tahu kenapa hati rasa benar-benar nak pergi. Seolah-olah ada yang memanggil untuk ke sana.

Alhamdulillah suami memahami dan mengambil pula tanggungjawab mengurus anak-anak. Syukur lagi di situ.

Sampainya kami di tempat seminar (lokasi sangat dekat dengan tempat kami), saya pun call penganjur. Penganjur kata harga tiket penuh kalau walk in, dan sahabat saya tadi kata tiket yang dilepaskan (early bird) oleh seorang peserta yang tak jadi tu pun sudah diberi kepada orang lain.

Saya call semula dan tanya kalau ada orang nak let go ticket early bird saat akhir. Allah Maha Baik, Dia bagi saya tiket percuma! Penganjur bagitahu, ada orang baik hati (semoga Allah limpahkan beliau dan keluarganya kebaikan demi kebaikan)

—–

Begitulah kisah bermula, Allah mudahkan jalan untuk serap ilmu yang sangat bermanfaat bagi hebat saya dalam mendidik anak zaman penuh pancaroba ni 🙂

–iaitu dengan ilmu tauhidic conversation dengan anak-anak.

Itulah dia Teknik Allah Ada Di Hati Anakku.

Apa yang boleh saya katakan, teknik ADHA memang perlu diketahui oleh semua ibu dan ayah pada generasi saya yang punya anak-anak masih kecil ni.

Anak-anak berumur 0-6 tahun, jiwa mereka masih halus dan mereka mudah percaya apabila kita bercerita tentang perkara-perkara ghaib.

Secara tak langsung apabila kita cerita tentang baik dan hebatnya Allah, Rasulullah superhero kita, siapa faham Quran tu hebat sebab dalam tu semua apa yang Allah cakap.

—–

Kita yang dulu.

Kalau yang ada rezeki ke sekolah agama, sebut sahaja nama Allah, mengaji Quran, sifat Allah, sifat Nabi, rukun Islam dan Iman semua kita hafal. Semua di celah gigi (menandakan hebatnya kita hafal).

Hakikatnya?

Feeling kurang.

Macam kalau solat pun, hanya memenuhi tuntutan.

Sebab dulu kita paham, kalau tak solat dosa.

Kalau buat jahat, masuk api neraka.

Jadilah kita seorang insan yang baik dan solat tanpa ada perasaan.

Allah, kalaulah ada rezeki merasai manisnya iman, cintanya pada Allah dan rindunya pada Rasul. Allahuakbar, (semoga Allah berikan nikmat tersebut amin).

Perkara ini membuatkan apabila kita ada masalah, kita tak cari Allah tapi kita cari keseronokan yang lain.

Kalau yang baik sikit akan cari ice cream (kiut tak, contoh Dr Siti bagi)

Kalau yang nakal sikit akan pergi pusat vidio game main game sampai lebam.

Kalau nakal banyak, wallu’alam tak berani cakap.

—–

Apa dia teknik ADHA ni?

Step by step bagaimana nak berkomunikasi dengan anak-anak supaya mereka boleh feel kaitan Allah, Nabi, al-Quran, Syurga dalam hidup mereka.

—–

Tu dia insan-insan yang Allah pilih hadir ke seminar Teknik ADHA

Kenapa teknik ADHA?

1. Nak pasakkan dalam jiwa anak-anak, we have Allah in our life.

Kekuatan dalaman diri anak-anak.

Kita happy ke sedih ke tu semua Allah yang bagi dan kita ada Allah tempat kita serah semua hal.

Kita nak anak-anak yakin, Allah adalah sumber kekuatan kita. Allah will take care of us. Rahmat Allah sentiasa ada dengan kita asalkan kita tak putus asa.

2. Kita nak anak-anak ada filter, bila berdepan dengan benda baik buruk dalam hidup mereka atas kekuatan bonding dengan Allah tu.

Takbir sikit, ALLAHUAKBAR! Berderau darah masa menulis ni.

3. Teknik yang mudah dipraktikkan

Dr. Siti ajar STEP BY STEP, ko!

Macam dalam kelas, tapi tak ngantuk langsung! Dalam kelas sekolah OSEM.

—-

Hari-hari kita bersembang dengan anak betul tak?

Dari celik mata sampai pejam mata nak tidur, berapa banyak boleh terapkan ilmu akidah dan tauhid dalam diri anak-anak tanpa kita sedar. Tak perlu tunggu hantar sekolah agama.

Mula awal, anak lebih faham.

Daripada dia faham dan percaya cerita merapu kat TV, kita bentengkan siap-siap dengan Teknik ADHA pada anak-anak.

Saya paling suka praktik masa makan, masa mereka main, masa baca buku, masa makan ais krim, dan MASA NAK TIDUR! Paling best.

Tapi syok sikit kalau sembang dengan anak dah pandai bercakap ni.

Boleh jugak start kalau anak belum bercakap, sebab mereka faham apa kita cakap cuma tak boleh reply jela :p

4. Banyak nilai murni boleh terap dalam diri anak-anak

Contoh tak takut gelap, berani, SABAR, SYUKUR, rajin solat, suka tolong mak ayah.

Teknik mudah berkesan sebab kita capture feeling tu dengan moment anak-anak masa tu. Happy, sedih, kecewa dan sebagainya.

Dr Siti siap bagi skrip lagi, masya Allah memang awesome Dr siti, ai lav u!

Masa baca skrip, Dr Siti siap suruh belakon dengan orang sebelah, supaya melekat sikit ilmu yang dapat hari tu. Saya suka cara Dr Siti handle audien, tak pasal-pasal dapat ramai kawan di seminar ni. Sebab kita saling berinteraksi. Cayalah Dr Siti!

Personaliti dan latarbelakang Dr. Siti yang membuatkan saya kagum dan bertambah sayang. Awwwww~~ Doakan Dr sentiasa dimurahkan rezeki dan rahmat Allah, amin2.

Satu lagi, apa yang saya rasa–baru separuh hari dah nak laju-laju balik praktik pada anak sendiri.

5. Ibadah dan akhlak anak-anak dapat dibangunkan ke arah lebih baik secara seiring.

“Kan best, anak aku rajin solat dan hormat orang tua” (sila cakap dalam hati je, nanti orang cakap ko riak pula :p)

Semoga tak adalah mulut-mulut, “dia sopan santun walaupun dia tak pakai tudung”. Nauzubillahi min zalik

Kita mahu, akhlak dan ibadah seiring dengan iman seseorang.

——

Paling terkesan pada saya adalah teknik ADHA secara tak langsung is about LOVE and DOA.

DOA dan kasih sayang itu adalah perkara yang kita selalu lupa dan ambil endah tak endah sedangkan 2 perkara ini adalah senjata utama seorang ibu di atas kejayaan anak-anak.

Allah.

——

Masa di hujung seminar, ada orang tanya,

“Apa jadi kalau anak tak dapat apa dia nak, dan persoalkan kenapa Allah tak bagi?”

Jawapan Dr Siti, masya Allah buat saya berderau darah lagi nak tulis ni.

“Sebenarnya apa yang kita tak data di dunia ni, Allah nak bagi kat Syurga nanti. Allah nak adik jadi orang yang sabar dan syukur. Orang yang sabar dan syukur tempat dia di syurga. Allah will give you at the best time at the best way.”

Nangis sekarang.

T_______T

Nampak macam perbualan orang dewasa. Tapi percayalah anak-anak akan absorb semua perkataan yang kita ucap ke dalam jiwa halus mereka itu.

——

Yang saya share berjela di atas ni, saya yakin Allah aturkan ni untuk saya.

Hari tu saya minta, nak RASA cinta Dia, cinta Rasul.

Allah bagi seminar ni.

Akhir seminar saya dapat rasa, Allah nak saya feel lebih pada Dia melalui praktikal teknik ADHA ni pada anak-anak. Allahuakbar!

Tengok, Allah Maha Baik! Bukan pada saya je. Pada kita semua.

——

Jadi, tunggu apa lagi baca status panjang-panjang ni, laju-laju pergi page Dr. Siti Ujila Masuri dan daftar seminar teknik ADHA, lepas dah absorb ilmu mohon PRAKTIK terus pada anak-anak.

Sekian.

Advertisements

Quranic homeschooling

Bismillah

Assalamualaikum para pencinta Quran ayat-ayat Allah.

Alhamdulillah, tempoh hari pada 13 Disember 2015 hari tu dipilih Allah untuk bersama-sama dalam majlis ilmu anjuran IPN membincangkan tentang Quranic homeschool.

Masya Allah hati ini benar-benar hiba dan menangis. Kerana belum persiapkan ilmu Quran dalam diri.

Allah hantarkan kami ibu ayah dengan anak-anak syurga ini untuk kami mendalami lebih dekat dengan ayat-ayat Quran ini. Terima kasih Allah atas peluang ini.

Kenapa Seminar Quranic Homeschooling?

12304088_919642848073277_7483485001395100399_o

Hari tu, lepas je dapat tahu seminar ni akan berlangsung memang niat di hati sangat-sangatlah nak pergi.

Kenapa?

Sebab keempat-empat speaker masya Allah semua wanita dan ibu yang tabah dan hebat. Allah datangkan mereka untuk menyampaikan ilmu kepada kami dan seterusnya tugas kami juga berkongsi dengan kawan-kawan dan insan lain.

Siapa mereka?

Puan Siti Aminah Sulaiman

Puan Yulia Yusar

Puan Mazlina Karim

Puan Maznah Ibrahim

Secara basiknya, keempat-empat speaker menekankan pembelajaran al-Quran pada anak-anak sejak dari dalam perut.

Dan berperingkat mengikut usia.

Penekanan diberikan bagi melahirkan GENERASI ULUL ALBAB.

Iaitu, orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) : “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada siksa api neraka.”-(Al-Imran : 191)

Semua ibu bapa zaman ini seharusnya mengambil berat tentang apa yang anak-anak belajar, atau apa yang anak-anak terima sekarang bagi menjadi BENTENG dan PERTAHANAN diri mereka dan sebagai persediaan kita meninggalkan mereka dalam dunia yang ntah apa-apa penuh dengan kepelikan dan masalah sosial berleluasa–akhir zaman.

Kita nak anak-anak kita mahir dalam banyak bidang dan seiring dengan pembelajaran al-Quran.

Apa yang kami belajar adalah step by step untuk apply quranic homeschooling dalam pembeljaran harian anak baik ibu bekerja atau di rumah.

Pengisian semua masya Allah macam semua persoalan demi persoalan terjawab. MENANGIS JUGAKLAH DALAM HATI NI.

Habis je program, kepala otak dah berpinar. CPU dah panas katanya.

Banyak sangat input.

WHAT’S NEXT?

APPLY KNOWLEDGE!

—-

Sebenarnya, saya dapat rasakan. Inilah dia satu lagi majlis ilmu yang Allah hadiahkan pada saya. Allah pilih saya. 

Bagi jawab doa demi doa saya.

Kisahnya, saya jadi selalu stres dan mengeluh, “kenapalah susah sangat nak ajar anak mengaji.” 

Bukan tu je, malunya fikir bila saya selalu buat perangai merajuk kalau anak tak mahu mengaji.

Allah.. ampunkan dosa saya kerana berfikiran macam tu. Malunya aku.

Dalam seminar tadi, Puan Yulia yang kiut perkongsiannya ada sebut,

SIAPA KITA NAK MENIDAKKAN, KALAU ALLAH NAK BAGI ILHAM PADA ANAK KITA BOLEH BACA, MENGHAFAZ DAN MEMAHANI QURAN?

Allahuakbar, ni baru real tarbiyah sentap.

Allah nak bagitahu diri sendiri, “kau teruskan usaha mendidik anakmu Nadiah, selebihnya tu kerja Aku.”

Kalau fikir Baiknya Allah memang kita takkan kenal putus asa. Betul tak?

——

Sebagai nota sendiri, di sini saya sharekan sedikit input yang kami dapat. Untuk pemahaman lebih mendalam boleh hadir sendiri ke kursus anjuran mereka.


 Puan Siti Aminah Ibrahim (FB : Anakku alhafiz)

1. Anak kecil memang berimiginasi tinggi. Kalau tengok kartun superhero, mereka boleh buat aksi sorang-sorang seperti superhero dengan penuh perasaan tanpa hiraukan orang lain.

3498233-ultraman5
tet!

Jadi, sebagai mak ayah, GUNAKAN IMIGINASI ANAK YANG TINGGI kepada saluran yang sepatutnya. Saluran apa?

Ceritakan kehebatan Allah melalui cerita-cerita dalam al-Quran. Supaya anak boleh feel, ALLAH LEBIH HEBAT. Bukan superhero dengan kuasa yang tah pape. Allah boleh cipta langit dan bumi, Allah boleh jadikan manusia, Allah boleh matikan pokok dan macam-macam lagi.

Anak-anak yang masih kecil jiwa masih halus dan mudah menerima cerita tentang perkara-perkara ghaib. Jadi kurangkan anak-anak menonton cerita kartun superhero dan banyakkan cerita tentang ALLAH, Rasulullah, Malaikat, Syurga, Neraka dan cerita-cerita dalam Quran.

2.  Melalui cerita-cerita dalam al-Quran, mak ayah boleh selitkan nilai murni atau peribadi yang baik seperti sabar, share mainan, jangan sombong dan macam-macam lagi.

3. Satu teknik paling mudah untuk dekatkan anak-anak dengan Quran adalah BERCERITA/ storytelling. Anak-anak akan berimiginasi dan percayalah mereka akan keluarkan pula imiginasi tersebut pada masa dan perkara tak sangka-sangka. Contohnya lukisan gempa bumi.

gjh
Cerita surah al-Fil

4.  Ceritakan juga asbabul nuzul surah dan ayat, supaya anak-anak lebih menghayati dan mencintai alQuran dan dapat gambaran tentang surah yang dibaca dan hafaz. Serta mereka juga dapat kaitkan dengan kehidupan harian.

Mungkin boleh susun 1 minggu cerita dan aktiviti 1 asbabul nuzul

5.  Antara teknik pembelajaran Quran lain adalah ajarkan ikut ayat. Yang ni best! Antaranya mind mapping. Kalau ikut kursus Puan Siti, ada contoh mind mappping.

al-baqarah
Diambil dari internet

6. Selepas bercerita, mind mapping dan segala selitkan jugak aktiviti pengukuhan yang berkait dengan kisah melalui aktiviti kreatif seperti kraf, eksperimen, masak dan sebagainya.

elephant-from-plasticine-1024x678
Kreatif dengan play doh

Puan Yulia Yusar (FB : Yulia Yusar)

1. Benda paling basik dan senang nak ajar anak adalah tauhid–melalui alam sekitar. Semua yang melibatkan kejadian Allah.

nature-wlk
….. (tiada kata melain puji-pujian)

+ Kenal Allah dengan anak melalui feeling kasih sayang terhadap alam semulajadi dan binatang.

2. Walau apapun taraf pendidikan kita, kita adalah cikgu terbaik pada anak-anak sebab kita je yang tahu apa dan bagaimana yang anak kita patut tahu dan belajar.

+ Ambil peluang mengajar anak ikut sikap mereka. Aktif ke pemalu ke dengan gambar ke.

3. Kaitkan aktiviti harian dengan al-Quran.

Contoh apabila anak kagum lihat awan.

+ puji Allah sebab jadikan awan.

+ bagitau dalam Quran ada cerita pasal awan. Cari ayat dalam Quran dan bacakan maksudnya.

+ buat aktiviti tentang awan

+ belajar nama-nama awan dan jenisnya

awan
Subhanallah. Masya Allah. Puji dulu

4. Sentiasa bersyukur dan ajak anak bersyukur dalam setiap aktiviti harian. Alhamdulillah dapat duduk, alhamdulillah dapat lihat ibu dan ayah, alhamdulillah Allah bagi rasa happy main dengan kawan-kawan.

5. Melihat semua kejadian dan pemberian Allah tidak sia-sia, semuanya berhikmah.

6. Ceritakan hadis tentang Rasulullah untuk hidupkan rasa rindu dan cinta pada Baginda.

kurma2
Bergenang air mata masa Puan Yulia share

7. Ilmu tauhid dan sains adalah DALAM BEKAS YANG SAMA.

8. Antara manfaat pembelajaran Quran :

+ Merangsang anak-anak berfikir dan penguasaan ilmu sains

+ Yakin semua dari Allah dari sekecil-kecil sehingga sebesar-besar perkara.

+ Terbit rasa CINTA ALLAH DAN RASUL

+ Tahu bagaimana beramal dan menyampaikan.

Allahuakbar, bolehlah bermimpi anak-anak kita macam ni nanti.


Puan Mazlina Karim (FB : Darwish Darwisha)

Masya Allah seronok tengok life anak-anak Puan Mazlina yang banyak join kelas seperti karate, renang, polo air, piano, golf, kuda, robot, paling best mengulang hafazan Quran dengan maknya sendiri :))

Puan Lina banyak share mengenai PENTINGNYA mengajar dan mengukuhkan anak-anak dengan hafazan dan pemahaman al-Quran dalam menuju akhir zaman ni.

Antaranya melahirkan MUSLIM PROFESSIONAL YANG HEBAT DUNIA DAN AKHIRAT. Muslim yang boleh berjihad dengan hujah dan ilmu.

732b
1 golongan yang akan selamat–ahli sunnah wal jamaah

Syiah, wahabi dan hizbul tahrir ni.

Kuatkan anak-anak dengan akidah ahli sunnah waljamaah.

Ayat alQuran adalah ayat paling keramat yang boleh jadi benteng setiap kali anak-anak berdepan dengan perkara tak elok–Itulah rasanya harta paling berharga nak tinggal pada anak-anak.

benteng-menghadapi-fitnah-zaman-ini
Sumber dari internet satu lagi berpegang teguh ayat-ayat QURAN

Jujur diri ini takut.

Takut tertinggal yang ni.

Nauzubillahi min zalik.

Selain itu, Puan Lina berkongsi dengan kami penyusunan oleh tim IPN bersama ibu-ibu hebak untuk silibus quranic homeschooling. Supaya SAINS dan al-QURAN adalah seiring pembelajarannya dan bukan dipisahkan seperti di sekolah-sekolah sekarang.

Tak sabar!

Kita doakan Allah rahmati dan limpahi kebaikan demi kebaiakn dalam hidup mereka amin2.


Puan Maznah Ibrahim (FB : Maznah Ibrahim)

Topik ni paling ditunggu oleh orang macam saya.

Selalu hilang kawalan bila berdepan dengan emosi.

1. Manusia selalu stres apabila TUNTUTAN (apa yang kita expect) lebih besar daripada SUMBER (apa yang kita ada). Untuk kurang kan stres, mesti kurangkan tuntutan. LESS EXPECTATION.

11546425c817bcbffd0a7c1c033c17d2

+ FIGHT atau FLIGHT (let go)

Biasanya akan FLIGHT lah kan, kalau fight memang stres je hari-hari.

2. Stres kalau kita simpan lama, akan jadi dot dalam hati dan bertukar menjadi toksik. Percaya atau tidak boleh merebak menjadi kanser.

Menurut perubatan cina, kita tak digalakkan stres lebih 30 saat. HARUS KURANG 30 saat. Doh guana?

3. Kalau kita boleh manage emosi kita kurang stres. Emosi banyak tenaga akan digunakan membuatkan kita cepat penat.

4. Untuk handle anak-anak yang bermemosi, kena pandai tackle keperluan emosi mereka. Contoh lapar, ngantuk, tak selesa dan sebagainya.

needs-676x507
Semak keperluan emosi anak-anak ikut peringkat umur

Jangan tengok sangat behaviour dia.

Contoh anak buat pasal mengamuk baling barang. Mak ayah kena check keperluan emosi dia. Jangan melihat dia sebagai seorang anak yang nakal.

5. Emosi anak sangat ringan. Sebab tu kalau mereka beremosi bagi belon atau main bubbles dah selesai. Emosi dewasa berat. Bagi main belon tak layan. Layang-layang baik untuk belajar mengawal emosi.

bubbles
Ringannya buih seperti ringannya emosi anak-anak

6. Untuk mereka emosi tak stabil sangat memerlukan sistem sokongan.

Contoh anak menangis.

Mak ayah perlu rendahkan badan untuk duduk sama level dengan anak-anak. Dengan itu mereka rasa lebih selamat.

7. PERLU ADA ILMU dalam handle emosi diri sendiri dan anak-anak.

+ Ilmu perkembangan emosi, otak dan tingkahlaku anak-anak mengikut umur. (Supaya tak terkujat kenapa anak conteng dinding kenapa berteraburkan bedak dan sebagainya)

 

+ Kenali anak-anak jenis lincah(kinestetik)/pandai bercakap(audio pendengaran bagus)/visual(melalui imej)

+ Kenali cara luasan emosi ibu dan anak

+ Swith emosi melalui tarik nafas (breath taking) dan ubah kedudukan

a5205_chcw_grade_2_emotion_mgmt_strategies_poster
Boleh cuba

+Pusat pemikiran manusia (ini best wajib join kurus Puan Maznah nanti coaching 9 jam!)

8. Apabila marah dengan sikap anak, HANDLE EMOSI SENDIRI DULU, dah bertenang baru nak nasihat ke apa. Dan berulang kali sebut pada anak sikap macammana yang menunjukkan akhlak baik dengan cara penuh hikmah.

Contoh : adik conteng dinding.

+ Adik buat apa tu? (minta respon anak tentang situasi, walaupun dah tahu)

+ Cantiknya lukisan adik (puji)

+ Pen ibu bagi untuk lukis atas kertas. Dinding ni bukan untuk buat lukis. Lagipun ni tuan rumah punya, bukan kita punya. Kalau conteng dinding nanti kotor. Allah suka rumah bersih. (bagitahu perkara yang salah dan betul)

pic_en1
Kalau anak dan ibu boleh handle emosi inilah hasilnya

9. Tip untuk anak-anak yg sudah tercedera emosinya :

+ Sentiasa isi pengalaman indah dengan anak-anak

+ Ajak bersembang tentang masa kecil, lihat dia ingat tak tentang kenangan pahit tu

+ SOLAT TAUBAT! Mohon pada Allah kerana Allah yang pegang hati anak-anak.


Banyakkan ilmu yang kami dapat walaupun satu hari. Nak share kat sini tak cukup tanganlah. Memang kena pergi sendiri.

Allahuakbar!

Ilmu mereka memang sangat diperlukan oleh semua mak ayah, sebab tu saya share sini supaya semua parents pergi absorb dan balik apply pada anak-anak.

Add mereka di FB dan update tentang kursus anjuran mereka.

Semoga kita sama-sama beroleh pahala daripada usaha mendidik anak-anak ini dan menjadi saham untuk hari akhirat kelak.

Ameen2.

7 usaha nak kawal marah anak

Bismillah

Allahuakbar.

Dalam seminggu ni terasa betul-betul letih.

Semua orang pun letih. Kita ni manusia cepat je nak merungut

HAL DENGAN ANAK-ANAK

Ok, yang ni kalau fikir je pun memang dah letih. Kisahnya Aliff semenjak dua menjak ni suka benar usik adiknya. Pantang nampak adik bersenang lenang menikmati angin sepoi-sepoi bahasa atau pun pantang nampak adik dia pegang mainan nak meluangkan masa yang berkualiti sambil bermain menambah pengalaman hidupkan.

Cepat aja abangnya libas, rampas dan terbabas.

Terbabas sebab nampak ibu, lantas berlari sakan dan tersungkur di pintu biliknya.

Kadang terlepas juga ibu, tergelak. *oops kunci mulut.

Tapi kebanyakan masanya kalau datang perangai mengusik tu, ibu cepat betul naik angin.

MARAH YANG AMAT!

Pernah sekali tengah sedap dia gomol pipi adik dia tu, ibu gomol pipi Aliff balik dengan double power. Huhuhu menangis teriaklah apa lagi.

Macammana nak buat eh? KADANG-KADANG RASA DIRI INI PEMBULI PULA 😛

MARAH. Memang tak boleh nak elak. Kadang-kadang tindakan refleks.

Ibu, jangan pula rasa down sampai give up kata tak pandai didik anak. we all been there. Kita manusia biasa, selalu buat silap. Yang penting kita bangkit semula dan teruskan langkah dengan betul. STAY POSITIF balik. Regain energy. Kurangkan FB dan benda lagha. Banykkan masa dengan nikmat Allah bagi depan mata, ibu ayah, anak-anak, masjid, rumah anak yatim dan macam macam lagi.

—-

Dalam satu artikel yang pernah ibu baca, dalam rumah mereka ada rules.

+ Semua orang boleh bercakap APA SAHAJA, boleh luah apa-apa perasaan pun

+ TAPI TAK BOLEH jerit atau menangis dengan kuat.

Kalau tak tahan sangat, tempat yang dibenarkan hanyalah bilik masing-masing.

Jadi perkara ini mengurangkan hukuman dan lebih kepada peringatan.

—-

Dan kerana itulah minggu ni di rumah kami adalah pembelajaran bertemakan KASIH SAYANG.

Untuk aktiviti pertama kita amik bab CREATIVE.

CREATIVE adalah aktiviti yang sarat dengan warna warni seperti mewarna, melukis, menyembur dan lain-lain aktiviti yang melibatkan seni.

Salah satu manfaat dengan aktiviti sebegini, anak-anak dapat melepaskan emosi terpendam dan melepaskannya pada hasil kreatif.

 

Nanti-nanti kita masuk bab Quran dan math dengan tema yang sama kita cerita lain pulak.

Selain daripada aktiviti mungkin ibu dan ayah atau mana-mana individu yang memang punya perasaan marah cepat meletus pada anak-anak mungkin boleh cuba cara kat bawah ni. Ni adalah pengalaman hidup yang tak berapa nak lama makan garam.

PERKONGSIAN TIPS KAWAL PERASAAN MARAH IBU BAPA KEPADA ANAK KECIL

Bila anak buat perangai :

1. Asingkan atau cepat-cepat alih  anak yang bergaduh. Bawa anak ke tempat yang lebih sunyi.

Penting pergerakan untuk memastikan emosi sedia kala tidak bersama, kalau kita sendiri marah kita pun kena ubah posisi kita. Kalau di tempat yang sunyi anak mungkin lebih tenang tak malu sangat orang duk perhati dia. Bina keyakinan diri dia balik.

2. Kita sendiri diam, istighfar, duduk, baring, alih posisi.

(PENTING)

Huhuhuhu. Tapi susahnya yang amat!

3. Ambil masa bertenang. SABAR dan ZIP MULUT.

Ye paham. Kita mesti nak bercakap benda yang sepatutnya dan apa yang betul apa yang salah. Belum lagi. Belum masanya. Apapun yang kita cakap sekarang, anak-anak memang ignore dan reject.

4. Bayangkan saat mereka dilahirkan dan diletakkan di sebelah kita

Imagine anak kita yang masih bayi dan comel putih bersih suci tiada dosa. Mengimbau memori itu memang mendamaikan dan menenagkan jiwa sendiri. 🙂 Jangan senyum-senyum pula depan anak.

5. Peluk anak

Penting ada skin and eye contact. Give attachment. Kalau anak reject, give him some space. Lama sikit peluk balik. Jangan dah kena reject dengan mak-mak sekali merajuk tantrum.

6. Pujuk atau minta penjelasan anak

Mungkin lama sikit selepas kejadian. Key point nya jangan ditanya KENAPA?

Lebih baik tanya, “Macammana ibu boleh bantu Abang untuk happy dan tak sedih?”

Ataupun pujilah di atas keberanian dia untuk tidak meneruskan kemarahan ke.

Tak kisah apa pun jangan MENYIASAT. Kita pun tak suka masa bad mood orang tanya kita macam-macam macam polis pencen :p

7. Minta pasangan handle anak

Pilihan lain. Kalau rasa kita tak boleh handle minta bantuan orang lain. Sometime kalau anak ada nak buat perangai dengan mak, memang ayahlah kena handle supaya tak berlarutan.

Masa ni ibu terkejut beruk sebab senyap je sekali tengok basuh pinggan sampai penuh air dalam sinki

 

Masa ni bisingnya ya Allah si abangnya, ibu tengah consult customer

 

Terkejut beruk lagi sebab Formula 1 shake dah jadi pasir tepi pantai

 

Main bedak

 

Nyakat adik sejak azali

 

Muka bengis beliau

Semua foto di atas ni macam buat ibu je yang PEMARAH bukan anaknya HAHAHAH.

Tapi bila ibu dah marah, lepas tu Aliff kena marah la pulak. Hohohoho

Tak mau marah-marah ye sayaang, abang nak masuk Syurga ye dok?

Nah ni doa untuk ibu T____T

Bagaimana memulakan homeschool?

Bismillah

Entri ini sesuai untuk ibu ayah yang selalu keliru bagaimana untuk homeschool anak-anak mereka.

Satu tips :

IT’S ABOUT LOOKING IN YOUR CHILDREN!

Setiap anak berbeza. Ada yang boleh cope dengan pembelajaran sedia ada. Ada yang tidak. Ibu bapa lebih kenal anak-anak.

Then, you can plan.

Berkesempatan menyertai Muslim Homeschooling semalam anjuran Idrissi International School dan bertemu dengan pengasas Genius Aulad dan Idrissi International school yang super amazing and crazy masya Allah, Datin Zaliza Alias.

Adore her craziness masha Allah, memang gamble dan main redah je yet still organize dalam homeschool anak-anak beliau.

Di sini, saya ingin berkongsi sedikit input daripada beliau untuk ibu ayah yang punya niat atau merancang untuk homeschooling anak-anak.

Perkara pertama : SIAPA?

Semua ibu bapa. Baik yang bekerja dengan orang, bekerja sendiri ataupun tidak bekerja.

Semua IBU BAPA adalah GURU.

Noktah dan sebarang bantahan tidak diterima.

Perkara kedua : KENALPASTI OBJEKTIF HOMESCHOOL

Kita sebagai ibu bapa mesti faham dan betul-betul hadam apa yang kita mahukan daripada anak-anak kita?

Bagus dari segi AGAMA?

 Bagus dari segi AKEDAMIK?

Bagus dari segi SEMUA PERKARA?

Bagus dari segi AKTIVIS (memperjuangkan sesuatu)?

Bagus dari segi BAKAT?

Macam saya, of course impian besar iaitu pinginkan DOA ANAK SOLEH. Jadi saya cuba sebaik-baiknya untuk ke arah itu. Tentang bagaimana tu, tiada yang spesifik. Boleh cuba 1-5 pun insya Allah boleh hasilkan anak soleh. Allah nilai USAHA.  Memang kena cuba macam-macam perkara.

Perkara ketiga : KENALPASTI JENIS KOKURIKULUM DAN SUSUN AKTIVITI ANAK-ANAK

Samada nak ikut sistem antarabangsa atau tempatan?

Boleh rujuk di laman web kementerian pendidikan negara yang ingin kita ikut atau boleh buat perbandingan.

Tapi yang penting ambil 3 perkara ni sebagai panduan.

1.Apa yang kita mahu?

Rujuk perkara di atas.

2. Bila kita ingin mulakan?

Ada orang di akan hantar anak ke sekolah biasa dulu, kalau nampak anak tidak boleh ikut dan baru akan keluarkan dan mulakan.

3. Dari mana ingin dapatkan bahan bantuan mengajar?

Google dan FB. Contoh keyword : homeschool cocuriculum, kids activties, roadschooling, quranic homeschooling, muslim homeschool, — rujuk balik matlamat apa yang kita nak dedahkan pada anak-anak.

Tapi hati-hati dengan information explosion. Jangan sampai kita sibuk mencari sehingga perlaksanaan terabai.

Contoh grup FB yang banyak berkongsi aktiviti anak-anak : Homeschooling Genius Syurga

Perkara keempat : HAKIKAT HOMESCHOOLING

1. Anak dan ibu bapa adalah guru dan murid

2.  Kelayakan : Kasih sayang antara satu sama lain

3. Undang-undang : Sah asalkan anak-anak tidak terabai dari segi pendidikan.

Simpan bukti kita buat homeschooling contoh : jadual, worksheet, hasil kerja anak-anak.

4. BANYAK CARA untuk melaksanakan homeschooling.

Sediakan plan dan susun.

+ Nak ajar tentang konsep apa?

ABC? alQuran?warna?bentuk?

+ Kalau tak ada masa, boleh hantar ke arrangement program di luar.

Memanah? Matematik? Seni? Terapi?

+ Sertai kumpulan sokongan homeschool

Boleh tulis surat kepada badan-badan terlibat untuk sertai aktiviti di sana contohnya Zoo Negara.

+ Online learning for homeschool banyak di internet

+ Campurkan anak-anak dengan rutin harian kita

Contoh surau, pasar malam, pejabat pos, kedai makan.

Pastikan keterlibatan anak-anak contoh pesan makanan.

5. Anak-anak homeschool MEMPUNYAI kemahiran bersosial kerana didedahkan dengan banyak perkara contoh pasar malam, kedai makan, supermarket, berurusan semasa bayar bil dan sebagainya.

6. Sebagai ibu ayah yang homeshooling anak-anak akan menerima persoalan daripada BANYAK PIHAK dan juga sentiasa akan mempersoalkan diri sendiri juga.

” Betulke apa aku buat ni?”

7. Tidak perlu untuk berhenti kerja.

8. PERCAYAKAN DIRI ANAK-ANAK.

Perkara kelima : JADIKAN HOMESCHOOLING MUDAH

  1. Sentiasa update dan simpan rekod tentang diri dan perkembangan anak-anak serta apa yang boleh dibuat untuk menyelesaikannya.

2. Sentiasa ikut TO-DO-LIST dengan displin yang ketat.

3. Sentiasa ada masa rehat.

4. Kenalpasti cabaran.

Contoh banyak masa rugi bila buka FB. Lepas ni jangan buka FB.

Tutup lagi bagus sampai kita boleh betul-betul fokus dan boleh lah activate semula :p

5. Adakan rutin harian dan ikut dengan displin.

Perkara kelima : JADIKAN HOMESCHOOLING PERKARA MENYERONOKKAN

  1. BERHENTI PERCAYA DENGAN MITOS DENTANG HOMESCHOOLING

+ Apa yang kawan anda buat dan sukses, anda juga akan sukses dengan cara itu.

Kita lihat kawan kita post rutin bermain anak-anak dia dan kita follow, bila anak kita tak minat, kita stres.

+ Apa yang keluarga anda buat dan sukses, anda juga akan sukses dengan cara itu.

Ibu ayah dulu menggunakan rotan dan ketegasan dalam mendidik anak mengaji. Kebanyakan anak-anak sekarang sudah tidak boleh menerima cara itu.

STOP BELIEVING THE LIES!

2. Ikut rentak dalam keluarga dan rumah anda.

Sekiranya anda jenis travel dan selalu keluar rumah,seluruh dunia dan tempat yang anda pergi adalah kelas anak kita.

3. Hari bersantai

Kadang-kadang ada hari yang kita malas nak buat apa-apa.

Keep calm and relax.

Tapi tak boleh hari-hari adalah hari bersantai ok. Kembali kepada rutin 🙂

4. Perhatikan dan berhati-hati bila kita ada ciri-ciri berikut.

+ Semua nak bagus, nak sempurna

+ Kerap membandingkan kita dengan ibu bapa lain, anak-anak kita dengan anak-anak orang lain.

+ Kerap marah

Stop kejap, masuk bilik dan rileks. Insya Allah bila dah bertenang sambung balik pembelajaran.

—-

Alhamdulillah memang simple, sempoi. Lagi best kalau dapat buat kerja gila macam datin buat pada anak-anak.

Contoh.

Rekod suara anak-anak untuk lagu.

Travel on the spot.

Program pemeliharaan haiwan di zoo.

Belajar bahasa arab di Yaman.

Masha Allah. Bestnya.

—–

Saya sedang berangan lepas ni nak buat brownies dengan anak-anak dan jual di kawasan rumah.

Ting!

Bila mentol menyala.

Untuk semua ibu bapa di luar.

KITA BOLEH JADI jadi teacher ibu dan teacher ayah!

Nota untuk ibu ayah daripada Puan Nurzuhaila Binti Jamaludin

Bismillah.

Saya jumpa nota ini di FB dan merasakan sangat bagus untuk dijadikan nota diri sendiri dan kalau bermanfaat untuk tuan puan boleh amalkan.

——

  1. Ajar anak hafal Surah al-Kahfi (1-10) Allah akan campakkan perasaan tak suka dalam hati anak2 pada org yang akan rosakkan anak.
  2. Anak2 sekarang dirutinkan dgn macam2 semata2 nak suap ego ibubapa
  3. Hafalan Qur’an buat hati anak terang dan dapat tadah ilmu2 lain
  4. Every child is born as a dreamer, dengar semua cerita anak2, then parents tambah input lain, anak akan alter balik cerita berdasarkan info baru yang didengar (parents boleh betulkan misconception)
  5. Paper hari ini menjadi indication tentang apa kekurangan anak2 pada masa hadapan- graduan muflis- punca kurang ilmu financial
  6. Hidupkan skill sunnah cth: menunggang kuda (meluruskan vertebra, simetri, kuda haiwan bijak dan beremosi- penunggang kuda bijak kawal emosi kuda- kelak pandai kawal emosi manusia, benefit utk dakwah.
  7. Jauhkan anak dari gajet etc tablet, phone. Off WIFI bila berada hampir dgn anak.
  8. Jaga apa yg anak hidu, makan dan minum. Anak serap 50% lebih drpd org dewasa, jauhkan ridset, asap rokok- karsinogen
  9. Beri anak hidu wangian Alami. Cth: Aroma Ros- tingkatkan kerohanian, Peppermint- hilangkan rasa mengantuk (guna waktu ank malas belajar), aroma Orange- utk fokus dan bagus bg pd Autism
  10. Wangian letak pd cuping telinga. Sebenarnya, waktu ambil wuduk kita melakukan auriculotherapy (kalau tengok bentuk telinga sama macam bentuk janin 40 weeks. Cuping telinga = kepala baby. Banyakkn urutan di cuping sebenarnya bagi stimulation pd otak
  11. Elakkan bagi gula pd anak dlm dos tinggi. Karbohidrat bagus sbb bekalkan energy , yg tak bagus adalah karbohidrat yg diproses spt bihun / maggi. Karbohidrat adalah penyumbang gula paling tinggi dlm badan.
  12. Kalau beri anak fresh milk, jangan bagi chocolate flavour nanti anak jadi sugar addicted.
  13. Tubuh anak banyak gula- jadi food supply utk yis membiak – anak gatal2 kulit dan ruam
  14. Mula ajar anak, jgn rasa sia2 walau dpt sejam sahaja ajar anak sbb kadang2 sejam itu lebih berkualiti daripada seharian masa yg mereka habiskan di sekolah
  15. Pn Lina bercakap tentang pygmalion effect- anak rasa boleh buat (atas dasar kesedaran sendiri) and galatea effect – anak rasa boleh buat (sebab orang sekeliling percaya anak kita boleh buat). Kedua2 approach tetap menghasilkan 100% target. Oleh itu, penting beri motivasi pd anak yang mereka boleh lakukan. Kesan galatea juga sebenarnya lahir daripada teori pygmalion yg berterusan. Jadi terus bagi galakan utk anak.
  16. Hypnoparenting adalah kaedah didik anak guna minda separuh sedar mereka. Pola asuhan tanpa paksaan, anak akan menurut kata seolah dipukau.
  17. Sebenarnya semua ibu bapa ada ilmu hypnosis- pujuk anak dengan ice-cream dan anak terus berhenti menangis.
  18. Hypnosis berkesan waktu anak berada dlm mood alpha (tenang)- tidur sblm nyenyak dan waktu terlalu asyik bermain
  19. Dekati mereka waktu ini dan beri kata2 positif (don’t guna perkataan ‘JANGAN’, sebab subconscious mind akan cepat serap yg negatif)
  20. Syarat utama, ibu bapa perlu tenang sebab tarikan energy ibu bapa kuat pada anak, guna intonansi yg betul dan lembut. Beritahu secara jelas apa harapan dan perubahan yang kita harap untuk anak.
  21. Pn Lina berkongsi yang anaknya, Darwisya, Tidur dalam kelas semasa PdP disebabkkn bosan- disebabkn dlm alpha mode anaknya dapat apa yg telah diajar oleh guru.
  22. 0-7 tahun: Didik dgn kasih sayang
  23. 8-12 tahun: Disiplin dan tunjuk ajar
  24. 13-21 tahun: Didik seperi rakan, banyakkan nasihat
  25. More than 21 tahun: Beri kebebasan tetapi pastikan mereka selalu minta pendapat ibu bapa

Roadschooling to Pasar Kajang

Bismillah

Hari tu bersempena dengan nak puasa ni, antara salah satu persiapan tradisi sambil-sambil nak naikkan semangat anak-anak tentang Ramadhan kita buat roadschooling sikit ke Pasar Kajang yang femes itu. Nama macam aktiviti dah macam best kan, roadshooling.

Tanpa kita sedar sebenarnya, kita lebih banyak roadschooling anak-anak iaitu sambil kita travel bersama anak-anak, secara tak langsung mereka telah didedahkan dengan banyak perkara dan pengalaman baru.

Kalau tak percaya, lihat sahaja anak-anak– mata tak berhenti melilau, mulut asyik bertanya apatah lagi fizikal yang memang mengundang kegoyahan iman di dada.

Kita sebagai ibu ayah haruslah bersedia dengan ketenangan jiwa untuk menjawab dan melayan karenah mereka saat di luar kerana masa inilah yang paling dekat tempoh pembelajaran kerana mereka ‘belajar’ atas dasar minat sendiri dan keinginan tahu yang tinggi.

Pada ibu, takdelah roadschooling biasa, cuma rutin pergi pasar biasa je.

Tapi pada mereka adalah sebuah perjalanan yang panjang dan penuh dengan perkara yang mengujakan!

Jadi, ibu ambil kesempatan untuk menilai beberapa perkara berikut :

1. Kemahiran sensori (visual)

2. Kemahiran kognitif

3. Kemahiran sosial

Sebelum pergi ibu acah-acah lukis senarai barang yang perlu dibeli dan kuantiti. Tiba-tiba lost macammana nak lukis beras dan garam T____T

Setelah itu, ibu serahkan pada si abang untuk membantu ibu mencari barang-barang tersebut. Sebelunya beberapa pesanan sudah diberikan lebih awal. Antaranya :

1. Pasar akan dipenuhi orang ramai, abang(panggilan anak sulung) perlu berjalan berdekatan dengan ibu. Pastikan ibu sentiasa pada pandangan abang.

2. Perhatikan sekeliling pasar, apa yang abang lihat.

3. Kalau penat, haus, atau perlukan apa-apa maklumkan pada ibu.

4. Bantu ayah angkat barang.

 

 

 

 

Setibanya di pasar, memang ramai orang. Abang sangat excited melihat udang (kegemaran beliau), ikan, ayam dan bermacam-macam lagi. Aku tunjukkan pada anak-anak ekor lembu kerana sejak kecil memang mencari itu kalau ke pasar :p

Aku tanyakan abang :

Mahu lihat apa?

Nak tengok ikan, nak beli ikan. Untuk rumah atok.

Apa yang orang tu lakukan?

Cabut bulu ayam.

Ada berapa ekor ayam tergantung?

1,2,3….

Ini sayur apa?

Tak tahu.

Bunga ini warna apa?

Yellow.

Apa yang abang mahu beli?

Nak air, haus.

Abang paling suka tentang pasar?

Tak tahu.

Acuh tak acuh juga dijawabnya.

Walau bagaimanapun bagus juga ye jawapannya. Ibu puji abang sebab jawab dengan bagus.

Anak-anak dah mula gelisah dan panas.

Dalam sejam juga kami di sana.

Tak semua barang dapat beli di sana dan sambung beli di Pasaraya Econsave.

—-

Di Pasaraya Econsave.

Wah di sini ramai juga orang.

Untung ada permainan untuk mereka di bahagian promosi susu Dutch Lady.

 

 

Selepas selesai membeli belah, di sini abang mengamuk kerana apa pun aku dah tak ingat.

Penilaian yang boleh dibuat tentang anak-anak seperti berikut :

1. Kemahiran sensori (visual)

Gambaran sangat jelas. Bagus untuk otak kanan. Lihat ayam dicabut bulu dipotong, ikan disiang, ikan hidup dalam plastik, ikan haruan masih hidup (euw!)

Abang juga sempat mengambil plastik di Econsave sangat banyak untuk permainan sensori beliau bagi menggantikan tisu (huhuh)

2. Kemahiran kognitif

Mengenal beberapa perkataan baru seperti sayur sawi, lemon, PASAR dan banyak lagi.

3. Kemahiran sosial

Bertegur sapa dengan penjual dan bantu ayah angkat barang.

Ibu bagi 9 bintang untuk anak-anak semua.

Setelah tiba di rumah mari kita semua PENGSAN!

Sekian laporan anak-anak buat masa ini.

KROHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH–