Tentang Kami

Assalamualaikum dan hai!

Salam perkenalan!

Untuk sebarang cadangan/komplen/atau apa-apapun pertanyaan boleh dibuat ke medium berikut :

Phone | +60123141422

Email | projeksicilik@gmail.com

———

Nama saya Nadiah dan saya merupakan ibu kepada 2 orang anak lelaki.

Dah lama sebenarnya saya memendam rasa untuk punya projek menyediakan bahan bantu mengajar untuk anak-anak 0-6 tahun sambil berkongsi tentang aktiviti anak-anak yang simple, mudah disediakan dan tak payah extravaganza sangat.

Kita faham ada ibu yang bekerja dan sibuk menguruskan kerja-kerja di rumah. Saya tabik hormat kepada semua di atas muka bumi ini. Baik yang bekerja di luar atau pun yang menguruskan kerja rumah di rumah.

Percayalah saya juga punya pengalaman di kedua-dua bidang. Hampir putus asa kerana penat! Alhamdulillah saya dikelilingi ibu-ibu hebat yang bekerja dan menguruskan rumahtangga. Dan saya sangat menghormati kerana kalian adalah supermomma!

Jom kita sama-sama terus kuat untuk memberi inspirasi kepada ibu-ibu muda yang sedang berusaha keras seperti kita juga.

Jadi projeksicilik bukan kepunyaan saya tapi tempat saya berkongsi kehebatan supermomma yang lain sambil saya berkongsi pengalaman sendiri.

Doakan kita semua terus kuat dan terus istiqomah dalam mendidik anak-anak menuju jannah. Ameen

Doakan projeksicilik juga terus maju menyediakan bahan bantuan mengajar terbaik untuk anak-anak, ahli syurga kita semua insya Allah

Terima kasih.
Advertisements